Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Tauke Ucap Selamat Tinggal Pada Dunia Hiburan, Terkesan Difitnah Jadi Bapa Ayam

Tauke berkata buat masa ini dia akan mengutamakan keluarga dan perniagaan yang diusahakannya

by Khai Azfar
August 25, 2021
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak popular, Tauke Jambu telah membuat keputusan nekad untuk berundur daripada industri hiburan serta merta berikutan perkara yang terjadi sebelum ini ternyata memberikan satu tamparan hebat buat dirinya.

Tauke Sedih Keluarga Turut Dikecam

Jelas Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, dia tidak kisah sekiranya hanya dirinya sahaja yang dikecam namun dia berasa sedih apabila keluarganya turut menerima nasib yang sama.

“Saya kesal dengan apa yang terjadi. Jika saya seorang dikecam dan dihina, tidak mengapa. Namun, saya lebih sedih apabila ada yang turut mengheret anak-anak dan keluarga.

“Disebabkan itu, saya tekad dengan keputusan meninggalkan industri hiburan. Lebih baik, saya melakukan kerja lain daripada terus menjadi mangsa tohmahan dan cacian” katanya seperti dilaporkan Harian Metro

Mengenai perancangannya, Tauke berkata buat masa ini dia akan mengutamakan keluarga dan perniagaan yang diusahakannya secara kecil-kecilan.

“Banyak lagi yang boleh saya lakukan, rezeki Allah yang bagi dan ada di mana-mana saja. Jadi buat apa saya nak takut. Sekarang saya mahu mengutamakan keluarga dulu dan fokus pada perniagaan kecil-kecilan,” tambahnya

Polis Sahkan Tauke Tidak Terlibat 

Dalam pada itu, Tauke turut meluahkan rasa syukur setelah pihak pihak polis mengesahkan dia bukanlah individu yang dikaitkan dengan isu pelawak menjadi ‘bapa ayam’ seperti yang tular sebelum ini.

“Syukur akhirnya kebenaran terjawab. Saya bukan bapa ayam seperti didakwa. Keluarga juga lega apabila mendapat tahu saya benar-benar tidak bersalah.

“Jadi, mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak betul sebelum ini harap dapat membersihkan nama saya. Walaupun sebelum ini saya sudah berterus terang, tetapi ramai tidak percaya. Takkan saya mahu mencanang kepada semua orang bahawa saya tidak salah dan tak mudah untuk saya melenyapkan fitnah yang menimpa saya ,” jelasnya

Menerusi sebuah kenyataan,pihak polis telah menyatakan seorang pelawak yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes pemerdagangan manusia tidak akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pelawak berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Tauke Jambu
https://lomp.at/ytp2r
Share20Tweet13SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem