Penyanyi Indonesia, Pradikta Wicaksono atau dikenali sebagai Dikta tidak menyangka kerana terpilih sebagai vokalis kepada kumpulan Yovie & Nuno kerana sebelum ini beliau mengikuti ujibakat untuk menjadi gitaris kepada kumpulan tersebut.
Tertekan Jadi Vokalis
Melalui temubualnya bersama TonightShowNet, beliau akui rasa tertekan menjadi vokalis kepada kumpulan itu kerana tidak boleh menyanyi dan lebih menyukai instrumen muzik.
“Apabila saya diterima di Yovie & Nuno, saya tertekan sebenarnya. Saya tak boleh menyanyi, kenapa nyanyi? Saya lebih suka instrumen dan tak suka yang terlalu kelihatan.”- ujar Dikta
Berusaha Menjadi Vokalis Setelah Dinasihati Bapa
Walaubagaiamnapun, setelah dinasihati oleh bapanya, penyanyi berusia 35 tahun ini berusaha keras untuk menjadi vokalis kepada Yovie & Nuno.
“Kemudian tiba-tiba bapa saya cakap, ‘Lu main aman mulu, ayuh dong cobain’. Akhirnya menyanyi sama Mas Yovie.”- tambahnya
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.