Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Adik Aming Meninggal Dunia, Ibu Dedah Pesanan Terakhir Arwah Yang Cukup Menyentuh Hati

by Phic ARMAN
August 26, 2021
409
KONGSIAN
Share on Facebook

Allah lebih menyayangi anak kecil  bernama Muhammad Aming Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming. Adik Aming pernah telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Tawau pada awal pagi Khamis.

Kepada yang tidak mengenalinya, arwah adik Aming pernah meraih perhatian warganet gara-gara video viral dengan telatah lucunya yang petah berkata-kata sambil memberi nasihat tentang isu semasa.

Adik Aming berusia lapan tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi. Dalam pada itu, ibu arwah Santi Sabri, 33 berkata sempat memberi kata-kata terakhir kepadanya sebelum pergi buat selamanya.

“Sebelum meninggal dunia, sempat lagi dia berpesan kepada saya, tutup rapat-rapat aurat supaya bapa tidak menanggung dosa.

“Saya tidak sangka anak saya pergi begitu saja, sebelum dia meninggal, saya dan suami ada di sisinya,”- kata ibu arwah kepada Sinar Harian.

Santi berkata, anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti Covid-19. Difahamkan selepas makan mi segera , arwah tiba-tiba mengadu mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Sebelum ini, video-video yang dirakamnya banyak berunsur nasihat termasuk situasi terkini berkaitan pandemik Covid-19.

https://www.youtube.com/watch?v=WWbR8fJ92A8&ab_channel=RaphaelJsmuel

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/on9f8
Share164Tweet102SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem