Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Solat Atas Batu Sungai Dianggap Riyak?- Ini Komen Dari Ustazah Asma

by Phic ARMAN
August 30, 2021
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Beberapa hari yang lalu, sedikit kecoh di kalangan warganet berikutan tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan sekumpulan anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) menunaikan solat atas batu berjeram di Yan. Ada dikalangan warganet yang menganggap tindakan sekumpulan ini seperti menunjuk-nunjuk atau riyak.

Mereka mempertikaikan menunaikan solat di tempat berisiko bahaya dan mengapa tidak menunaikan di kawasan daratan.

Foto: IG Ustazah Asma Harun

Hal ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun. Asma percaya sekumpulan anggota JAM ini bukanlah berniat untuk riyak, tetapi hana ingin menunaikan kewajipan solat dalam apa jua keadaan.

“Mereka usaha solat berjemaah (mungkin awal waktu) dalam suasana kiri kanan hutan tebal memang tiada kawasan lapang, tiada tanah kosong melainkan pokok besar dan lalang hutan yang tinggi, mereka sedang menaiki bukit, bukan kawasan peranginan main air sungai dan air terjun.”

“Apa yang mereka lakukan agak berbahaya, merisikokan nyawa, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia. Saya percaya mereka bukan niat nak menunjuk, riyak atau mencari publisiti. Mereka hanya ingin menunaikan kewajipan solat dalam apa jua keadaan.”

Foto: IG Ustazah Asma Harun

“Kalau saya la, lagi takut solat dalam lalang tu, terbayang binatang berbisa dan lain-lain. Saya juga ada pengalaman solat atas batu, waktu camping dan program dalam hutan. InsyaAllah mereka dah memilih batu yang tak licin dan stabil. Mereka juga mungkin tiada masa nak tebas hutan bagi lapang untuk solat dll. Alhamdulillah mereka semua selamat sahaja.”- tulisnya di instagram.

Dipetik dari Sinar Harian, difahamkan sekumpulan anggota JAM ini menunaikan solat di atas batu sungai kerana lebih diyakini bersih dan selesa. Mereka terus solat apabila masuk waktu sebelum menyambung kerja mereka, yang mana hendak turun keluar hutan mungkin lewat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/lg4c2
Share14Tweet9SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem