Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Celebrity

Gaya Percintaan Lee Kwang Soo Dan Lee Sun Bin

by Amirul Fikry
September 4, 2021
112
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, model dan pelawak terkenal Korea Lee Kwang Soo mengungkapkan kisah cinta bersama kekasih hatinya Lee Sun Bin. Dia mengatakan bahawa cara mereka berdua bercinta sama seperti pasangan kekasih yang lain walaupun mereka berdua merupakan pasangan selebriti.

“Hubungan kami masih berlancar lancar seperti biasa. Hubungan kami juga sama seperti pasangan kekasih yang lain. Kami tidak dilarang untuk bertemu di luar. Kami masih pergi makan bersama di restoran dan melakukan banyak perkara bersama-sama.” kata Lee Kwang Soo dalam temubual dengan Hankook Ilbo baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, kedua-dua pasangan ini kelihatan saling memberi sokongan di media sosial. Seperti ketika episod terakhir Lee Kwang Soo di Running Man ditayangkan. Pada masa itu, Lee Kwang Soo memuat naik foto serta mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Running Man, kakitangan dan juga penonton setia Running Man yang telah menyokong mereka sejak dari tahun 2010 lagi. Lee Sun Bin juga ada memberikan kata-kata sokongan dan semangat kepada kekasihnya itu di ruangan komen.

via AllkPop

Running Man telah menjadi satu program yang tidak dapat dilupakan oleh Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin. Ini kerana, pada tahun 2016, Kwang Soo diberi misi untuk mencari artis sebagai teman idealnya. Setelah melayari internet, Kwang Soo mendapati Lee Sun Bin yang meletakkan dirinya sebagai ciri-ciri lelaki yang diidamkannya. Lalu mereka berdua diberi misi untuk melakukan pertemuan pendek. Dalam acara tersebut, Lee Sun Bin telah menunjukkan minatnya terhadap Lee Kwang Soo.

“Ya, cara kami bertengkar membuatkan saya rasa dia sangat serasi bersama saya,” kata Lee Sun Bin sambil tertawa.

via bisnis.com

“Saya telah memutuskan untuk memulakan perjalanan baru bersama Sun Bin dan kami juga merancang untuk mengumumkan perkahwinan kami minggu depan.” gurau Lee Kwang Soo sebelum menutup episod itu hampir lima tahun yang lalu.

Selepas itu, Lee Sun Bin sekali lagi dijemput sebagai tetamu di dalam Running Man. Sehingga Disember 2018, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin telah membuat pengakuan bahawa mereka telah bercinta selama lebih kurang lima bulan. Selepas bertemu dalam Running Man, hubungan mereka berdua menjadi akrab dan akhirnya bercinta.

via Gempak

Pada Februari 2021, Lee Sun Bin memberitahu bahawa Lee Kwang Soo selalu menjadi penyokong setia dalam setiap projeknya. Dikatakan, pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini namun tarikh hari bahagia tersebut masih menjadi rahsia. Mereka juga dikatakan sudah melakukan persiapan untuk menjalani kehidupan berumah tangga dan sudah pun membeli sebuah rumah bersama.

Walaupun perkara tersebut masih menjadi rahsia, namun ramai peminat yang merasa teruja dengan menantikan hari bahagia pasangan Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
leekwangsooleesunbin
https://lomp.at/h5cgr
Share45Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem