Kanye West dikatakan telah berlaku curang terhadap bekas isterinya sebelum ini, Kim Kardashian setelah melahirkan dua orang anak mereka.
Lirik Lagu Hurricane Kongsi Perihal Curang?
Lagu terbaharunya, Hurricane turut dikhabarkan mendapat inspirasi daripada gosip tersebut setelah pelbagai sumber antarabangsa telah mengesahkan makna di sebalik lirik untuk muzik album terbarunya telah dirilis dengan penuh kontroversi dan kemarahan.
“Lagu itu merupakan saksi di atas segala kesalahan yang dilakukannya dan dia bertanggungjawab di atas kerosakan perkahwinan mereka.”- jelas sumber
Dalam lagu itu juga, Kanye menulis bait lirik yang agak mencurigakan seolah-olah menceritakan perihal sebenar terjadi antara hubungannya bersama Kim sebelum ini .
“Jika anda melihat lirik itu dengan lebih dekat, dia merujuk kepada kecurangannya sewaktu perkahwinannya dengan Kim, walaupun selepas mempunyai dua orang anak.”-tambahnya
Tidak Pernah Pulang Ke Rumah Agam Mewah
Lagu ini juga merujuk kepada Kanye yang didakwa tidak pernah pulang ke rumah agam mereka meskipun bernilai jutaan dolar dan bergelut dengan penyalahgunaan alkohol.
“Architectural Digest(majalah landskap di Amerika), saya memerlukan pembaikan rumah/ rumah enam puluh juta dolar…tidak pernah pulang ke rumah untuk itu..Seorang yang bijak menjadi tidak tahu apa-apa, semuanya perlu mengambil risiko..Peminum alkohol (tidak dikenali) siapakah yang paling teruk? ” antara bait maksud lirik lagu Hurricane
Untuk info, setelah hampir tujuh tahun berkahwin, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah pada awal tahun 2021. Mereka dikurniakan empat orang anak, dua daripadanya adalah melalui kaedah ibu tumpang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.