Tular mengenai isu ibu hamil terpaksa bersalin sendirian di hospital, mendapat perhatian orang ramai di media sosial. Rata-rata ramai yang meluahkan rasa geram dan marah terhadap jururawat dan doktor yang tidak bertanggungjawab membiarkan wanita tersebut sendirian di dalam bilik bersalin.
Jururawat Ketawa Di Luar Tak Hiraukan Wanita Bersalin
Berdasarkan perkongsian yang dimuatnaik Instagram Resepi Orang Kita, wanita yang sarat mengandung itu terpaksa melahirkan bayinya sendirian setelah menjerit meminta memanggil jururawat dan doktor bertugas selama 10 minit tidak dihiraukan.
Netizen Doa Jururawat Terima Balasan Dunia
Kisah wanita tersebut mendapat perhatian orang ramai terutama pemilik Twitter @Mulut_Cabai, yang meluahkan rasa marah terhadap kakitangan hospital yang tidak bertanggungjawab tersebut di akaun Twitternya.
“Aku doakan JURARAWAT JURURAWAT CELAKA HARAMJADAH tu, DIBALAS di dunia. Perangai celaka tidak bertanggungjawab. Memang tak guna punya manusia!”
Pengarah Kesihatan Negeri Johor Beri Maklumbalas
Mengetahui kisah wanita hamil yang tular di media sosial tersebut, Pengarah Kesihatan Negeri Johor memberi keterangan bahawa proses bersalin wanita tersebut berlaku lebih awal dan mengesahkan wanita tersebut bersalin sendirian.
Pengarah Kesihatan tersebut mengulas mengenai isu kakitangan ketawa di luar bilik bersalin, mendakwa wanita tersebut mungkin mendengar bunyi bising dari bilik bersalin berhampiran yang menggunakan prosedur kelahiran bayi secara vacuum.
Netizen Berang Dengan Kenyataan Pengarah Kesihatan
Melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah hospital tersebut membuatkan orang ramai berasa tidak puas hati, dan menganggap kenyataan yang diberikan tidak munasabah.
“Eh kalau vacuum bayi bilik sebelah pun mana ada ketawa ketawa kan babi!!! Geramnya aku dengar.”
“Pengarah pun backup.”
“@jknjohor kalau betul lah apa yang dia dengar tu salah, macam mana jururawat yang datang cakap dengan dia ‘ingatkan jerit-jerit sebab apa’ tu boleh jerkah tengok dia? Jangan bela orang yang salah. Kesiankanlah pesakit yang menahan diri sorang-sorang tu.”
“Jilake apa suara orang gelak sama dengan bunyi vacuum? Nanti bila doktor nak mati harap akan dengarlah bunyi ketawa orang mengilai-ilai, tapi orang lain tak perasan itulah suara setan!!”
“Betul… Sakit hati alasan celaka bagi.”
Ada Yang Panas Hati?
Melihat tweet yang dikeluarkan @Mulut_Cabai itu, membuatkan segelintir wargamaya mengecam tweet yang dikeluarkan, dan memohon tidak menghentam semua jururawat di Malaysia.
“Mohon janganlah kecam macam sekali harung kau labelkan semua jururawat kat Malaysia ni macam tu. Sekali kau hentam ikat tepi tapis dan simpati. Kalau seorang yang bersalah, habis semua kau terkam makan. Allahu. Dunia ini cukup kejam ke kalau setakat berkata-kata baik saja?”
Menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh wargamaya tersebut, @Mulut_Cabai memberi jawapan balas bahawa tweet yang dikeluarkan bukan menghentam semua jururawat seperti yang didakwa.
“Sembang apa.. Lain kali baca betul-betul. “tu” adakah merujuk pada jururawat SEMUA ke?”
“Kau yang hentam semberono kata twet ni hentam semua jururawat. Tu la perangai main harung je cakap orang lain yang kecam. Dalam thread orang lain jawab pun aku siap puji jururawat. Baca guna mata.”
Ramai juga wanita berkongsi pengalaman pernah dilayan buruk oleh kakitangan hospital sewaktu bersalin, walaupun tak semua kakitangan begitu tapi sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukan segelintir kakitangan hospital membuatkan orang ramai memandang negatif.
Harap akan datang isu sebegini tidak lagi berlaku.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.