Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mahkamah Tolak Permohonan Saman Maydan Terhadap Fazura

Narhamdan turut diarahkan membayar kos RM10,000 kepada Fazura

by Khai Azfar
September 8, 2021
68
KONGSIAN
Share on Facebook

Mahkamah Rayuan semalam (6 September) mengesahkan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap pelakon dan penyanyi Nur Fazura dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.

Perlu Bayar RM10,000 Kepada Fazura

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun yang menolak rayuan Narhamdan Abd Malek. Malah, Narhamdan turut diarahkan membayar kos RM10,000 kepada Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffuddin,38.

Memetik laporan BERNAMA, peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura ketika dihubungi portal akhbar berkenaan, mengesahkan keputusan mahkamah tersebut dan berkata mahkamah telah pun memutuskan bahawa tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnya dan Universal Music.

via Instagram Fakhrul Azman

Rayuan Ditolak

Pada 18 Jun lalu, Narhamdan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap pelakon dan penyanyi itu serta Universal Music yang mengurus Fazura. Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Fazura dan Universal Music sebagai defendan pertama dan kedua.

Via Instagram Fazura

Difahamkan, mengikut terma perjanjian,Fazura sepatutnya memasarkan produk tersebut dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu. Bagaimanapun, dalam saman tersebut menyatakan Narhamdan mendakwa isteri kepada pelakon Fattah Amin itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ ketika kontraknya masih berkuat kuasa.

Narhamdan mendakwa pelancaran produk itu mewujudkan persaingan untuk produk ‘Q Tab’ manakala pemasaran produk itu telah diabaikan, menyebabkannya mengalami kerugian dari segi jualan. Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura Teruja Lihat Abang Kandung Tamat Pengajian Di UK-“Fatima Dah Mula Cita-Cita..”

Dalam perkembangan berkaitan,Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mendakwa dia tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu. Peguam Jefri Jaafar mewakili Narhamdan manakala Universal Music oleh Wilson Lim.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Source: BERNAMA
fazura
https://lomp.at/o6rgi
Share27Tweet17SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara