Thursday, August 18, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Fila Amir Terharu, Telaga Air Baru Di Afrika Selatan Ini Berkat Sumbangan Dari Rakyat Malaysia

by Mas Ayu
September 13, 2021
Foto - Instagram @filaamir

Foto - Instagram @filaamir

45
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasangan influencer Malaysia – Afrika Selatan, Nur Afilah Amir atau lebih mesra dikenali sebagai Fila Amir bersama suaminya Adama Mohamed Camara berkongsi berita gembira di Instagram semalam.

Telaga Air Siap Dibina Berkat Sumbangan Orang Malaysia

Dipetik dari Instagram milik Fila, wanita ini meluahkan rasa terharu dan gembira kerana pembinaan telaga air di kampung-kampung sekitar bandar Nzerekore telah siap di bina berkat sumbangan wang wakaf rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah dah siap satu telaga, dia orang gembira sangat-sangat! Dia orang berterima kasih dekat semua, maaf kalau ada kurang.

Kami dah cuba yang terbaik. InsyaAllah ni ada 10 nama dahulu untuk yang bayar RM400 X 10 = RM4000……. Ada lagi 9 perigi InshaAllah dah siap Fila akan tunjuk okay.”

Foto – Instagram @filaamir

Melihat video yang dikongsi di Instagram Story Fila ini, kelihatan penduduk di kampung di  kawasan Nzerekore ini mempamerkan senyuman gembira kerana dengan adanya telaga atau perigi air ini ia memudahkan urusan harian penduduk di sana.

IKLAN

Foto – Instagram @filaamir

Fila Jawab Soalan Kenapa Pilih Bina Telaga Di Nzerekore

Dalam hantaran di Instagram Storynya semalam, Fila menjawab soalan mengapa memilih bandar Nzerekore untuk membina telaga air dan bukanya di Conakry.

“Yang tanya sebab apa kami balik Nzerekore, tak tinggal dekat Conakry dah ke?

Sebab ni lah…. Sebab nak sampaikan amanah orang-orang yang bagi sedekah.

Kenapa tak buat dekat Conakry?

Conakry tu dah macam maju sikit, nak dibandingkan dekat kampung-kampung ni memang banyak yang tak ada sumber air.”

Foto – Instagram @filaamir

Berikutan itu, Fila juga berkongsi bahawa ramai rakyat Malaysia yang beri sumbangan untuk siapkan Madrasah di Nzerekore selain membina telaga air di sana.

“Dah dekat Nzerekore, tetiba ramai rakyat Malaysia nak tolong bagi sumbangan siapkan Madrasah tu juga. Jadi kami tunggu lagi di Nzerekore, InshaAllah kalau tak ada apa-apa masalah, kami tunggu sampai siap.”

Minta Doakan Suami Agar Dapat Beri Bantuan Dan Jalankan Amanah

Menurut Fila, suaminya antara orang yang paling sebak apabila siap telaga air kerana gembira dapat membantu orang dan dalam masa yang sama dapat menjalankan amanah yang diberikan.

“Sebab tu Fila minta doakan untuk suami, sebab dia bangun-bangun ja pagi terus kelam-kabut pergi beli barang, pergi tengok progress, macam-macam dia buat…

Kadang kesian tengok dia, tapi bila dia cakap gembira “Saya sangat gembira hari ini sebab antara salah satu telaga dah siap”

Tengok muka dia rasa sebakkkkk. Seseorang boleh gembira dengan hanya membantu orang lain, menjalankan amanah.. Allahuakbar.

Korang doakan Adama Mohamed Camara tau, supaya selalu dilindungi Allah dan jauh dari kesulitan. InshaAllah.”

Sumbangan Untuk Madrasah Ditutup, Buka Untuk Pembinaan Telaga Air

Selain itu, pasangan antarabangsa ini juga memaklumkan buat masa ini sumbangan untuk Madrasah dan Al-Quran telah ditutup dan membuka sumbangan untuk pembinaan telaga air dan sumbangan sedekah yang lain kepada rakyat Malaysia yang ingin memberi sumbangan ikhlas.

Foto – Instagram @filaamir

“Assalamualaikum, untuk telaga tu kami baru buka balik untuk sumbangan ya. Tapi untuk Madrasah dan Al-Quran dah tutup. Semua barang-barang untuk Madrasah, suami dah belikan ada lagi baki tapi InshaAllah rasanya cukup.

Untuk sumbangan telaga boleh bank in ke akaun di bawah:

Bank: HSBC

Nama: CAMARA LEGACY

No akaun: 003263928021

Sumbangan ni seikhlas hati, tak ada minimum, kami hanya jalankan amanah yang diberi. Tak kira lah berapa sumbangan tetap besar ganjarannya untuk diri sendiri, bukan kami.

Jadi janganlah minta maaf dengan Fila atau segan kalau sedekahnya tak seberapa. Jangan lupa niat juga tau.”

Bagi yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan telaga, Fila memaklumkan had nama untuk satu papan tanda bagi satu perigi hanya muat untuk 10 orang penama sahaja.

“Tapi kalau nak nama di signboard, SATU PERIGI RM4000. Had nama di perigi 10 penama. Jadi minimum RM400 untuk satu nama ya. TERIMA KASIH.”

Semoga usaha Fila dan suami berserta rakyat Malaysia yang memberi sumbangan dipermudahkan urusan, InsyaAllah.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: fila amirMr & Mrs CamaraTelaga Air
Share18Tweet11SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Bekas Isteri Presiden Amerika Syarikat, Ivana Trump Meninggal Dunia
Antarabangsa

Bekas Isteri Presiden Amerika Syarikat, Ivana Trump Meninggal Dunia

by A.Aided
July 15, 2022
Alasan Mengapa Anwar Hadid Memilih Jadi Murtad Setelah Bepindah Daripada Agama Islam
Antarabangsa

Alasan Mengapa Anwar Hadid Memilih Jadi Murtad Setelah Bepindah Daripada Agama Islam

by Hakim Faz
July 8, 2022
Model ‘Panas’ Dengan Beg Najis Di Pinggang Ini Viral?
Antarabangsa

Model ‘Panas’ Dengan Beg Najis Di Pinggang Ini Viral?

by Zaidin Albert
July 7, 2022
Balas Dendam? Demi MH17, Rakyat Malaysia Ini Sanggup Beli Peluru Berpandu Bantu Ukraine Menentang Rusia
Antarabangsa

Balas Dendam? Demi MH17, Rakyat Malaysia Ini Sanggup Beli Peluru Berpandu Bantu Ukraine Menentang Rusia

by Hakim Faz
June 23, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  4. 4

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  5. 5

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera