Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ingat Saya Gila Harta Orang Sangat?” Ahmad Iqbal Berang Digelar Anak Ikan DSV

Iqbal menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai masa untuk menjadi anak ikan

by Naddy Joe
September 17, 2021
266
KONGSIAN
Share on Facebook

Bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan rasa tidak puas hati apabila digelar sebagai “anak ikan’ kepada jutawan kosmetik berkenaan.

Pernah Ditawar RM1 Juta

Menerusi Insta Stories, Iqbal memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai masa untuk menjadi anak ikan dan tahu akan tahap kemampuannya.

“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya ada RM50, orang pernah tawar saya RM1 juta pun saya tolak.

Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya.”-jelas Iqbal

Tidak Suka Show Off Pembelian

Iqbal turut menjelaskan bahawa beliau tidak suka menunjuk segala perbelanjaan kerana baginya kepuasan adalah untuk diri sendiri bukan bertujuan untuk ditayangkan.

“Saya tidak suka show off pembelian saya kerana bagi saya kepuasan adalah untuk diri sendiri bukan bertujuan untuk ditayangkan. Tetapi setelah difitnah gilakan harta Dato Seri Vida, mari saya bagitahu!

Kucing ini saya beli dengan harga RM15,000 seekor. Saya beli dua. Tempat berak sahaja RM2,000. Saya sudah habiskan lebih RM80,000 untuk beli barangan kucing.

Tolong bagitahu, mahu saya tunjuk apa lagi? Rumah saya? hampir RM3 juta kerana saya duduk bujang. Kasut saya? Lebih RM100,000. Pakaian? Lebih RM500,000 dalam masa enam bulan saya beli. Tempat basuh pinggan? RM6,000. Mainan gadget? Lebih RM1,000,000 saya habiskan.

Ingat saya tak ada maruah nak kikis harta orang?!”-tegasnya

“Memfitnah Jangan Melampau”

Tambahnya lagi, hanya disebabkan dia tidak tayang harta tidak bermakna beliau tidak mempunyai wang.

“Ingat saya gila harta orang sangat? Jika melampau sangat fitnah, saya tunjukkan harta saya punya dengan usaha sendiri. Kain langsir saja RM100,000 saya habiskan. Makanan kucing sahaja RM6000 sebulan saya bagi.

Jangan ingat saya tak tayang harta bermakna saya tidak punya. Memfitnah jangan melampau.”-katanya lagi

Sebelum ini, cadangan perkahwinan  Iqbal dan DSV tidak mendapat “lampu hijau” oleh anak DSV yang juga penyanyi, Cik B disebabkan jarak usia mereka yang sangat jauh.

“Saya deep down saya kurang setuju. Ye laa, mama umur pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25, dia suka dengan orang tua.

Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju dia nak anak lagi. Cukuplah saya dan Kacak sahaja.”-Jelas Cik B

Apa pendapat anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ahmad Iqbal Zulkeflicik Bdatuk seri vida
Share106Tweet67SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara