Thursday, August 18, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Hampir Mati! 5 Selebriti Bollywood Ini Pernah Berdepan Dengan Risiko Kematian

by Aphit J.
September 19, 2021
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap orang pasti mengalami saat yang menakutkan dalam hidupnya. Begitu juga dengan artis Bollywood ini. Menurut IntepSeleb, 5 selebriti ini pernah berdepan dengan risiko kematian.

Kajol Dan Shah Rukh Khan

via Vogue India

Shah Rukh Khan dikatakan hampir berdepan risiko kematian ketika menjalani penggambaran lagu Gerua untuk filem Dilwale bersama Kajol. Shah Rukh Khan tiba-tiba hilang keseimbangan ketika berada di tebing dan badannya hampir jatuh.

Nasib baik, Kajol yang berada betul-betul di sebelah Shah Rukh Khan segera menarik tangannya. Kedua-duanya berjaya bertahan.

IKLAN

Kushal Tadon Dan Jennifer Winget

via Times Of India

Dalam penggambaran sebuah rancangan realiti bernama Beyhadh, tiba-tiba, api yang telah digunakan untuk hiasan meletup dan marak sehingga Kushal Tandon dan Jennifer Winget terperangkap di lokasi.

Kushal dengan pantas menyelamatkan Jennifer walaupun dia mengalami luka bakar yang serius di leher dan kakinya.

Varun Dhawan Dan Shahil Anand

via India Times

Shahil Anand dan Varun Dhawan harus melakonkan watak sebagai perenang,  namun Shahil Anand tidak dapat berenang dan mempunyai masalah fobia berenang. Ketika pengambaran, Shahil menjadi panik dan berenang dalam keadaan yang tidak teratur.

Melihat sesuatu yang pelik, Varun dengan pantas meluru ke arah Shahil. Dia menarik Shahil ke tepi kolam dan menyelamatkan nyawanya.

Ileana D’cruz Dan Varun Dhawan

via DAWN

Kisah Varun Dhawan terjadi ketika dalam proses penggambaran filem Main Tera Hero. Pada masa itu, Varun terpaksa melompat beberapakali menggunakan trampolin ketika hujan untuk mencapai balkoni di atas rumah Ileana.

Varun yang melompat sering tergelincir dan kadang-kadang bertembung dengan balkoni rumah. Pada mulanya tidak ada yang perasan, namun Ileana dengan cepat membersihkan kesan air hujan di trampolin untuk mencegah kejadian tidak menyenangkan berulang.

Sunil Dutt Dan Nargis

via Hindustan Times

Ketika menjalani penggambaran Mother India, Nargis terperangkap dalam api besar. Sunil Dutt dengan pantas mengambil selimut dan menarik Nargis yang sudah terbakar.

Atas tindakan itu, hubungan mereka bertambah erat dan akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin setahun kemudian.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Ileana D'cruz Dan Varun DhawanKajol Dan Shah Rukh KhanKushal Tadon Dan Jennifer WingetSunil Dutt Dan NargisVarun Dhawan Dan Shahil Anand
Share24Tweet15SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai
Selebriti

“Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai

by A.Aided
August 18, 2022
“Keadilan Akan Ditegakkan”- Harith Iskander Komen Isu Pengasas Crackhouse Disenarai Hitam Seumur Hidup
Gossip

“Keadilan Akan Ditegakkan”- Harith Iskander Komen Isu Pengasas Crackhouse Disenarai Hitam Seumur Hidup

by Naddy Joe
August 18, 2022
‘Nanti Ada Polita*k Agama Cakap Ini Pun Haram’ – Ira Raziah Perli Siapa?
Selebriti

‘Nanti Ada Polita*k Agama Cakap Ini Pun Haram’ – Ira Raziah Perli Siapa?

by Mas Ayu
August 18, 2022
Akui Tiada Faedah Untuk Dianjurkan, PU Syed Mahu Konsert Billie Elish Di Malaysia Dibatalkan?
Gossip

Akui Tiada Faedah Untuk Dianjurkan, PU Syed Mahu Konsert Billie Elish Di Malaysia Dibatalkan?

by Naddy Joe
August 18, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  4. 4

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  5. 5

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera