Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Aku Masih Sabar”- Uncle Kentang Kesal, Kereta Sumbangan Dirosakkan

by Puteri Alia
September 21, 2021
Foto - Facebook Kuan Chee Heng

Foto - Facebook Kuan Chee Heng

64
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di laman Facebook milik Kuan Chee Heng atau lebih mesra dikenali sebagai Uncle Kentang, berkongsi rasa sedih kerana kenderaan yang dihadiahi rosak akibat kemalangan dan tambah mengecewakan kos baik pulih di tanggung olehnya.

Kereta Rosak Ditanggung Uncle Kentang

Uncle Kentang sangat dikenali ramai kerana sering memberi bantuan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama. Semalam di laman Facebooknya, Uncle Kentang mengatakan dirinya masih tetap bersabar walaupun perkara sebegitu berlaku.

“Susah lah ini macam. Kasi kereta, kereta kasi ‘wrecked’. Kami lah jadi mangsa nak ‘repair’. Aku masih sabar.”

Foto – Facebook Kuan Chee Heng

Sepatutnya Pemilik Kereta Bertanggungjawab

Melihat posting di Facebook Uncle Kentang, orang ramai berkongsi pandangan diruangan komen Uncle Kentang. Masing-masing bersuara bahawa pemilik kenderaan tersebut yang sepatutnya bertanggungjawab membayar kos baikpulih kereta tersebut.

Foto – Facebook Kuan Chee Heng

“Letakkan tanggungjawab pada dia yang diberi kereta. Tidaklah kos 100% ditanggung oleh uncle/dana. Biar dia juga belajar erti hidup. Tak semua percuma.”

“Uncle tolong jangan benarkan orang ambil kesempatan atas kebaikan dan niat baik uncle.”

“Walaupun hati uncle baik ingin membantu orang dalam kesusahan, tapi orang tersebut perlu belajar bertanggungjawab walaupun uncle bantu bayar baikpulih kereta.”

Netizen Pesan Baik Berpada-Pada

Dalam masa yang sama orang ramai juga menasihati Uncle Kentang agar berbuat baik berpada-pada, supaya individu yang menerima sumbangan dapat belajar bersyukur dan bertanggungjawab.

Foto – Facebook Kuan Chee Heng

“Buat baik berpada-pada uncle.”

“Kereta sudah bagi, ‘repair’ pun kena bagi.. Kemalangan atau tidak sepatutnya tanggungjawab dia.. Kalau tolong biar berpada-pada uncle.”

Ada betulnya kata netizen, buat baik berpada-pada. Apa-apapun tabiklah pada Uncle Kentang, murah hati beri sumbangan pada yang memerlukan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kuan chee hengUncle Kentang
https://lomp.at/zafge
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem