Ada suka, ada duka, begitulah kisah perjalanan seseorang yang bergelar artis atau selebriti. Bukan sahaja artis atau selebriti malahan nama pendakwah bebas dan pengasas produk juga terpalit dengan kontroversi hangat. Berikut kami kongsikan dengan pembaca antara ringkasan 5 kontroversi hangat yang sentiasa bermain di bibir netizen pada minggu ini. Jom kita tengok!
1. Kisah Iqbal Dan Dato Seri Vida Berkenaan Isu Perkahwinan
Nama Dato Sri Vida atau DSV dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal kini sering menjadi topik hangat. Dari kisah perhubungan mereka yang tidak mendapat persetujuan dari Cik B dan Kacak sehinggalah yang terkini soal nafkah dan nama panggilan untuk Iqbal jika menjadi ayah kepada mereka kelak.
Terkini, menerusi akaun ig story, Iqbal ada meluahkan semua perasaannya dan menyatakan bagaimana dia diperlakukan oleh DSV. Bermula dari bagaimana dia dibuang kerja dan dipanggil semula dengan tawaran yang begitu lumayan. Dia juga mendakwa bahawa dia dan DSV telah merancang untuk berkahwin sejak dari tahun 2018 lagi namun mendapat tentangan yang hebat dari Cik B dan Kacak. Dikatakan kini Cik B telah bersetuju untuk mereka berkahwin namun ada syarat yang harus ditunaikan.
Iqbal mengakui bahawa dia mampu memberi nafkah RM1 juta ringgit kepada DSV setiap bulan jika DSV bersetuju untuk berkahwin dengannnya. Ini kerana dia begitu yakin bahawa jualannya akan melonjak naik berkali ganda jika mereka berdua berkahwin. Iqbal juga mengatakan dia tidak pernah menerima apa-apa hadiah dari DSV dan akan menolak sekiranya diberi hadiah yang mahal kerana tidak mahu digelar ‘pengikis’ dan cuba mengambil kesempatan kerana sebelum ini, dia juga pernah digelar ‘anak ikan’ kepada jutawan kosmetik tersebut.
Kami di Murai.My mendoakan agar mereka berdua diberi hidayah dan segala yang dirancang akan dipermudahkan. Bak kata pepatah, ajal, maut dan jodoh semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang.
2. Dakwaan Video Lucah Ustaz Ebit Lew
Baru sahaja tular kisah video lucah yang dikaitkan dengan nama Ebit Lew lebih kurang dua bulan yang lalu, kini sekali lagi nama Ustaz Ebit Lew terpalit dengan isu panas yang telah tersebar luas. Kecoh di media sosial menunjukkan seorang lelaki mirip Ustaz Ebit Lew sedang melakukan aksi yang tidak senonoh di atas katil semasa membuat panggilan video dengan pihak lain.
Ada yang mengatakan bahawa video tersebut sebenarnya hanyalah video palsu yang dibuat-buat bagi menjatuhkan nama pendakwah bebas tersebut. Namun, baru-baru ini kecoh apabila ada seorang pengguna twitter mendakwa dia mempunyai bukti bahawa lelaki didalam video tersebut sememangnya Ustaz Ebit Lew.
Sehingga kini, pendakwah bebas tersebut masih tidak memberi apa-apa kenyataan rasmi tentang isu tersebut dan kes ini masih dalam penyiasatan Pihak Berkuasa. Kami di Murai.my berharap agar isu ini akan berakhir dengan baik dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
3. Isu Perbalahan Caprice
Sejak akhir-akhir ini nama penyanyi, Caprice sering menjadi sebutan dengan kontroversi yang bermula darI misi kemanusiaan Gaza dan teguran kepada Ebit Lew tentang cara pendakwah tersebut menghulurkan bantuan misi kemanusiaan di sana.
Kemudian Caprice dikatakan seolah-olah memerli golongan pedofilia dengan menyampaikan mesej tersirat dan kiasan. Kisah tersebut baru sahaja sepi, timbul pula isu perli memerli dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad. Caprice dikatakan telah mengajukSharnaaz dengan gelaran sotong iaitu karakter yang pernah dibawa olehnya dalam satu drama bersiri. Dikatakan, perkara ini terjadi kerana sebelum itu, Sharnaaz juga telah memerli Caprice atas misi dan dakwahnya.
Walau apapun, Sharnaaz sebelum ini telah pun membuat permohonan maaf kepada Caprice dan kini kedua-dua selebriti ini dikatakan sudah berdamai dan ketawa bersama. Diharap semuanya akan berbaik seperti biasa.
4. Isu Rita Rudaini Yang Enggan Untuk Mengambil Suntikan Vaksin Covid-19
Pelakon Rita Rudaini dikatakan enggan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 atas alasannya yang tersendiri. Dia kemudian mencetuskan banyak isu panas berkaitan hal tersebut. Dia dikatakan telah difitnah dengan mendakwanya sedang menjalani penggambaran drama sedangkan masih belum mengambil vaksin. Rita kemudian membidas dakwaan tersebut dan mengatakan, dia hanya di rumah dan langsung tidak pernah keluar bekerja.
Rita Rudaini juga geram kepada golongan yang bersikap talam dua muka dimana di depan semuanya baik dan indah sedangkan di belakangnya segala sumpah seranah diterimanya.
Terkini, Rita Rudaini menjadi viral apabila dia meluahkan ketidak puasan hatinya kepada seorang penerbit CITRA Production iaitu Sitiroy Tan kerana telah mengaitkan dirinya berkaitan isu vaksin di dalam laman Facebooknya.
Penerbit berkenaan mengatakan Rita Rudaini adalah seorang yang sombong dan bengap. Disebabkan itu, Rita telah membidas dan mempersoalkan tujuan penerbit tersebut tiba-tiba mengaitkan namanya di media sosial dan Rita Rudaini mengatakan lebih baik menjadi bengap dari menjadi individu yang suka menggangu kehidupan orang lain.
Kami berharap semoga perbalahan antara mereka dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan cepat.
5. Kes Penangkapan Nur Sajat
Rasanya kita tidak pernah sepi dari kisah Nur Sajat bukan? Pengasas produk kecantikan ini telah ditahan pada 8 September yang lalu di sebuah kondominium mewah di Bangkok. Namun pada 10 September, Sajat dibebaskan semula dengan ikat jamin sebanyak AS$2,000 (RM8,343) oleh rakannya yang dikenali sebagai Misha.
Sajat didakwa menjadi suspek yang dikehendaki oleh Pihak Polis Malaysia kerana telah melakukan pelbagai kesalahan di Malaysia. Dia juga cuba untuk mengelirukan pihak polis berkuasa apabila menukar namanya kepada Bella untuk cuba meloloskan dirinya ke Bangkok. Selain mengenakan purdah, Sajat juga memohon untuk ke Australia atas alasan diburu oleh pihak polis Malaysia dan diugut bunuh.
Peguam terkenal, Siti Kasim dikatakan telah berkongsi pandangan terhadap apa yang terjadi kepada Nur Sajat. Dia mengatakan peguam Sajat yang mengambil alih tempatnya tidak cekap dan kalah dalam menyelesaikan kes tersebut. Menurut Siti Kasim lagi, Sajat sebenarnya melarikan diri bukan kerana kes sivil tapi JAIS.
Kini Sajat diarahkan untuk melaporkan diri di Pejabat Imigresen Thailand pada setiap 14 hari. Terbaru, terdapat dakwaan mengatakan Perdana Menteri Thailand telah campur tangan dalam urusan tersebut dan tidak akan menghantar Sajat balik ke Malaysia bahkan akan menghantar Sajat Ke Australia dengan jayanya. Namun pihak Polis Malaysia juga dalam proses pemohonan untuk membawa pulang Sajat.
Kita tunggu sahaja apa berita terkini tentang Sajat, apa yang kami harapkan semoga Sajat akan diberi hidayah untuk pulang ke Malaysia dan menerima apa sahaja keputusan yang telah ditetapkan supaya dia dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang bersama keluarga tercinta. Semoga Sajat dan keluarganya tenang menghadapi semua ini.
Itulah antara 5 kontroversi panas yang berlaku sepanjang minggu ini yang dapat kami ringkaskan buat pembaca Murai.My. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari fitnah dunia dan sentiasa diberi hidayah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.