Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Oki Setiana Dewi Sebak Sewaktu Majlis Pertunangan Adiknya, Apa Yang Berlaku?

Adik kepada Oki, iaitu Ria Ricis dan Teuku Ryan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat

by Naddy Joe
September 24, 2021
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktres Filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi dilihat gagal menahan sebak ketika berada di majlis pertunangan adiknya, Ria Ricis Bersama Teuku Ryan yang berlangsung baru-baru ini di Jakarta Selatan.

Tidak Dapat Menahan Sebak

Oki memberi penjelasan bahawa beliau tidak dapat menahan diri dari menangis sewaktu berada di majlis pertunangan adiknya adalah disebabkan beliau berada di kerusi allahyarham bapanya, Suliyanto sebagai wakil keluarga.

“Saya menangis dari awal. Kerana saya duduk di kerusi yang seharusnya diduduki papa saya”- Tutur Oki

Beliau menambah, momen sedih itu sangat terasa kerana mengingatkan adiknya yang tidak ditemani bapa tercinta dan hanya didampingi ibu dan kedua kakaknya.

“Jadi kan barisan keluarga Ryan, barisan keluarga Ricis. Ryan dan Ricis di tengah. Ryan diapit oleh kedua ibubapanya, Ricis pula diapit oleh semua perempuan. Tempat duduk saya itu seharusnya menjadi tempat duduk papa saya.”-Kata Oki lagi

Nama Bapa Yang Sering Disebut

Oki memberitahu bahawa beliau rasa lebih sedih apabila nama bapanya disebut beberapa kali sewaktu majlis pertunangan Ria dan Ryan dan membayangkan bapa mereka berada di sana untuk melihat adiknya bertunang.

“Kenapa banyak menangis adalah kerana nama papa sering disebut-sebut jadi terbayang lah, kerana kan bapa pergi meninggalkan kami baru tiga bulan. Jadi masih terbayang.

Jadi ia seperti menghasilkan filem sendiri, papa duduk di sini dan tersenyum. Kan kita tidak boleh bercakap ‘kalau’ tetapi dalam kepala saya, saya membayangkan papa di sini pasti papa tersenyum gembira.”-Sambungnya.

Sekadar info, adik kepada Oki, iaitu Ria Ricis dan Teuku Ryan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.Mereka juga telah mengadakan majlis pertunangan di Hotel JW Marriott, Kuningan, Jakarta Selatan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Oki Setiana Dewi
https://lomp.at/v8nez
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem