Pasti ramai yang sudah menonton drama Squid Game dan salah satu watak dalam drama ini adalah Kang Sae-byeok yang dilakonkan oleh Jung Ho Yeon.
Watak yang dibawakan oleh Jung Ho Yeon dikatakan antara watak yang paling menyerlah dan memberikan kesan dalam drama tersebut. Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai Jung Ho Yeon.
Squid Game Merupakan Naskah Lakonan Pertama
Menurut Wikipedia, drama Squid Game merupakan naskah lakonan pertama Ho-yeon dalam hidupnya. Ho-yeon yang ketika itu berada di New York mendapat panggilan daripada agensinya yang meminta agar dia merakamkan video uji bakat.
Pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk tertarik dengan aura serta rupanya yang dirasakan ‘masuk’ dengan karakter Kang Seo-byeok.
Naib Juara Korea’s Next Top Model
Ho Yeon pernah tampil dalam program realiti Korea’s Next Top Model untuk musim keempat. Dia berjaya mencuri tumpuan masyarakat di Korea Selatan setelah berjaya menempatkan diri sebagai naib juara dalam program tersebut.
Terlibat Dalam Pelbagai Fesyen Ternama
Setelah menjadi naib juara dalam program Korea’s Next Top Model, dia telah melebarkan sayap dalam dunia fashion diperingkat antarabangsa dan diberikan peluang untuk terlibat dalam begitu banyak pertunjukan fesyen. Antaranya Chanel, Louis Vuitton, Marc Jacobs, Fendi, Max Mara, Alberta Ferretti dan pelbagai lagi.
Ho-yeon pada mulanya mendapat panggilan dari pengarah Squid Game terus pulang ke Korea untuk menandatangani kontrak lakonan sebaik tamat Minggu Fesyen New York.
Lakonannya sebagai Kang Seo-byeok telah membuahkan hasil dan membuatkan ramai penonton Squid Game jatuh cinta dengannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.