Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

DSV Tawar Kereta RM3 Juta? Usahawan Muda Enggan Terima, Anggap ‘Dikhianati’

by Naddy Joe
September 27, 2021
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli mendapat tentangan daripada anak perempuan DSV iaitu Cik B disebabkan faktor perbezaan umur yang terlalu jauh.

Akui Diri Bukan Seorang Yang Lurus Bendul

Terkini, melalui Insta Stories, beliau yang dilihat repost video DSV menyatakan bahawa rintihan palsu yang diberikan tidak sedikitpun memukau kewarasan dirinya untuk menilai kejujuran.

“Rintihan palsu ini tidak sedikit pun memukau kewarasan saya menilai kejujuran.

Selama ini Saya bukan lurus bendul, cuma mengalah.”-tulis Iqbal

Ditawar Kereta Bernilai RM3 Juta 

Beliau turut menyatakan bahawa pihak DSV telah menawarkan kereta idamannya berjenama Bentley yang bernilai RM3 juta setelah beliau menarik diri.

“Setelah saya tarik diri, semalam pihak Dato Seri Vida tawarkan saya kereta idaman saya, Bentley yang bernilai RM3 juta.

Nilai ini tidak boleh dibeli hati dan kejujuran saya yang telah dikhianati. Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya.”-Jelas Iqbal

“Tetapi Jangan Kurang Satu Perkara, Iaitu Ketelusan”-Iqbal

Menurut Iqbal lagi, dia sanggup menerima jika kekasihnya seorang pelacur atau seorang yang miskin asalkan memiliki sifat ketelusan.

“Bagi saya, anda kekasih saya seorang pelacur, atau seorang yang miskin sekalipun, tidak terlalu rupawan, saya boleh terima.

Tetapi jangan kurang satu perkara, iaitu KETELUSAN. Saya tidak terlalu baik namun saya tidak pernah mempergunakan wanita.”-katanya lagi

Terdahulu, Murai.my pernah melaporkan bahawa anak perempuan kepada DSV iaitu Cik B meluahkan rasa “kurang setuju” terhadap perkahwinan DSV dan Iqbal disebabkan hubungan beliau dan Iqbal tidak sehaluan dan sering bergaduh.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ahmad Iqbal Zulkeflidatuk seri vida
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara