Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Netizen Beri Respon Mengenai Cara Kerajaan Tangani Masalah Guru Enggan Divaksin

KPM sedang meneliti keperluan untuk menukar guru-guru tersebut ke sekolah atau negeri lain.

by Naddy Joe
September 28, 2021
via Berita Harian

via Berita Harian

Share on Facebook

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa pihak mereka sedang meneliti keperluan untuk menukar guru-guru yang tidak mahu menerima vaksin ke sekolah atau negeri lain. Hal ini membuatkan ramai netizen memberi pelbagai reaksi dan memberi pendapat masing-masing.

Reaksi Warganet

via Harian Metro

Malah pengumuman tersebut telah mengundang kemarahan warganet di media sosial termasuklah ada yang mahukan guru-guru tersebut dipecat terus dari di tukar ke negeri lain.

“Daripada tukar kan baik pecat kan terus. Pecat sekali guru-guru yang angkuh bongkak sombong berlagak sekali. Nak jadi cikgu tapi adab ke laut. Nak orang hormat kau tapi kau merendah-rendahkan orang lain. Tak semua cikgu gitu ye. Sesetengah je tapi gitu la yang sesetengah ni membusukkan nama baik cikgu-cikgu yang lain.

“Negeri mana nak terima??”

“Takyah tukar…Berenti terus..Nak bela buat ape..”

“Bagus. Patutnya cikgu beri contoh untuk pelajar bukan bagi contoh untuk tolak vaksin. Malu la sikit wey. Ko kerja dengan gmen perlu ikut gomen. Kira win-win situation lah. Ko taknak letak je jawatan ramai lagi nak kerja gomen.” ujar mereka

Teliti Keperluan Menukar Guru Enggan Divaksin Ke Sekolah Atau Negeri Lain

via Berita Harian

Menurut laporan Astro Awani,KPM sedang meneliti keperluan untuk menukar guru-guru tersebut ke sekolah atau negeri lain.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memberitahu bahawa ia adalah supaya guru berkenaan tidak berinteraksi secara langsung dengan murid dan tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Ada juga guru yang merupakan satu-satunya mengajar mata pelajaran tersebut taknak divaksin..dan ada dua orang yang ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut, dan dua-dua taknak divaksin.

Kalau ini yang berlaku, mananya ini akan menjejaskan pelajaran anak-anak kita di sekolah. Sebab itu demi menjaga perkhidmatan kita akan mengambil tindakan buat masa ini.”- jelas Radzi

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mendedahkan seramai 779 guru di negeri tersebut dilaporkan menolak untuk divaksinasi dan memberikan alasan mereka membuat keputusan itu kerana ragu-ragu dengan vaksin.

Apa pendapat anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
antivaksincovid-19datuk dr. radzi jidinGuru antivaksin
https://lomp.at/bniek
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara