Sunday, May 22, 2022
  • HANGAT.COM
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya Malaysia

Selangor Catat Kadar Muflis Tertinggi Sewaktu Pandemik COVID-19

Perdana Menteri mendedahkan bahawa lebih daripada 10,000 individu telah diisytiharkan muflis sepanjang PKP

by Naddy Joe
September 28, 2021
Selangor Catat Kadar Muflis Tertinggi Sewaktu Pandemik COVID-19

via BERNAMA

Share on Facebook

Kita semua telah melihat bagaimana pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada semua pihak sehingga banyak perniagaan terpaksa ‘gulung tikar’.

Walaupun sebelum ini tidak ada angka yang jelas mengenai jumlah perniagaan dan individu yang terjejas secara kewangan disebabkan pandemik COVID-19, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan statistik yang membimbangkan pada Isnin (27 September).

10,000 Individu Diisytihar Muflis Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menerusi Jawapan Bertulis Dewan Rakyat , Perdana Menteri mendedahkan bahawa lebih daripada 10,000 individu telah diisytiharkan muflis sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) antara bulan Mac tahun lalu dan Julai. Beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 1,246 perniagaan telah ditutup dalam tempoh yang sama.

“Jumlah kes kebangkrapan mengikut bilangan individu yang muflis dari Mac 2020 hingga ke Julai 2021 adalah sebanyak 10,317 kes.”-Jelas Ismail

via Parlimen Malaysia

Berdasarkan pecahan negeri, Selangor mencatatkan kes kebangkrapan tertinggi dengan 2,555 kes diikuti oleh Wilayah Persekutuan (1,288), Johor Bahru (792), Perak (628), Sabah (623), Pulau Pinang (488), Negeri Sembilan (481), Kedah (477) dan Kelantan (419).

IKLAN

1,246 Perniagaan ‘Gulung Tikar’ Disebabkan Pandemik

via Putera Daily

Selain itu, 1,246 perniagaan terpaksa ditutup disebabkan pandemik Covid-19, 497 adalah syarikat yang didaftarkan di Wilayah Persekutuan diikuti oleh Selangor dengan 273 kes. Negeri-negeri lain termasuk Johor (90), Pulau Pinang (63), Perak (53) dan Sabah (52).

via Parlimen Malaysia

Beliau turut menjelaskan penutupan perniagaan meningkat pada November 2020 dengan 144 kes sebelum turun dan kembali meningkat pada Mei 2021 dengan 134 kes.

“Berdasarkan input daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kerajaan tidak menyediakan bantuan khusus untuk peniaga yang menamatkan perniagaan, sebaliknya mengambil pendekatan memberi
bantuan dan insentif untuk menyokong kelangsungan perniagaan mereka.”- dedah Ismail lagi

Kami di Murai My berharap lebih banyak perniagaan dan individu dapat bertahan sewaktu pandemik ini. Sama-samalah kita membantu menyokong perniagaan tempatan kita.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: covid-19ismail sabri
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Jom Saksikan Naz Rahman Menjadi Hos “Seni Untuk Semua” Di TV1
Budaya

Jom Saksikan Naz Rahman Menjadi Hos “Seni Untuk Semua” Di TV1

by Aphit J.
May 21, 2022

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengeluarkan satu program “Seni Untuk Semua” yang sedang bersiaran setiap Ahad, jam 4.30 petang di TV1...

Read more
Keadaan Kesihatan Menunjukkan Peningkatan, Tun M Mohon Orang Ramai Jangan Terlalu Bimbang
Malaysia

Keadaan Kesihatan Menunjukkan Peningkatan, Tun M Mohon Orang Ramai Jangan Terlalu Bimbang

by Naddy Joe
January 26, 2022

Keadaan terkini kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dikatakan sudah...

Read more
“Kalau Betul Dia Curi Sebab Nak Bantu Atuk Dia Sakit Macam Mana?”-Fizz Fairuz
Malaysia

Kes Remaja ‘Curi’ Tabung Masjid, Peguamnya Tampil Beri Penjelasan!

by Naddy Joe
January 14, 2022

Umum mengetahui video yang tular mengenai seorang remaja lelaki yang dimandikan seperti jenazah kerana mecuri tabung masjid mencetuskan reaksi dari...

Read more
Mahu Rentas Negeri Dengan Kad Vaksinasi Palsu? Ini Peringatan Polis!
Jalan-Jalan

Mahu Rentas Negeri Dengan Kad Vaksinasi Palsu? Ini Peringatan Polis!

by Naddy Joe
October 11, 2021

Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri, Dato'Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada rakyat...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    Muat Naik Video Di Lapangan Terbang, Netizen Persoalkan Sajat Balik Malaysia?

  3. 3

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  4. 4

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

  5. 5

    Zul Ariffin Kongsi Gambar Berjoging, Ini Yang Netizen Perasan Pada Gambar Tersebut

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera