Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Loca B Kecewa Anak Lahir Di Luar Negara Tidak Dapat Taraf Warganegara Malaysia

Loca B rasa terkejut apabila mengetahui beliau tidak dapat turunkan warganegara Malaysia kepada anaknya

by Naddy Joe
September 29, 2021
Share on Facebook

Pemenang AJL35, Loca B meluahkan kekecewaannya apabila sukar untuk mendapatkan kewarganegaraan buat anaknya yang dilahirkan di luar negara pada tahun 2016.

Menerusi laman Twitter, penyanyi ini turut memetik akaun twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk menceritakan permasalahannya.

“Dear @IsmailSabri60, pada 2016 saya melahirkan anak saya di luar negara, (bapa bukan warganegara Malaysia). Saya call Malaysia Embassy do UK untuk bertanya tentang pendaftaran kewarganegaraan. Mereka jawab ‘kami tak dapat tolong, kena ikut kewarganegaraan bapanya'”- luah Loca

Akui Terkejut Tiada Hak Sebagai Wanita Warganegara Malaysia

https://www.instagram.com/p/CUW24bfJoSz/

Loca mengakui beliau rasa terkejut apabila mengetahui  tiada hak sebagai wanita warganegara Malaysia untuk turunkan kewarganegaraan kepada anaknya.

“Terkejut dapat tahu yang saya tiada hak sebagai wanita warganegara Malaysia untuk turunkan kewarganegaraan, negara aku sendiri diskriminasi terhadap aku @IsmailSabri.

Saya minta dan merayu tolonglah tarik balik rayuan itu. Saya tak perlukan duit tak perlukan apa-apa.”- katanya lagi

Perlu Surat Hak Penjagaan Anak Untuk Renew Visa

via Instagram @kuning.langsat

Loca  turut memberitahu bahawa beliau memerlukan surat hak penjagaan anak untuk renew Visa dan temujanji mahkamah yang sudah berpindah sebanyak 3 kali.

“Selepas dah berkahwin semula sekarang nak renew visa pun perlukan surat hak penjagaan anak. Itu kena ke mahkamah.

Mahkamah punya appointment? Dah kena pindah 3 kali sekarang bulan 12. Maksudnya selagi saya tak dapat surat hak penjagaan anak saya tidak dapat renew visa.”- dedahnya

Rayu Pada PM Untuk Bantu Kaum Ibu & Anak-Anak Yang Berada Pada Situasi Yang Sama

via Instagram @kuning.langsat

Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali menyatakan bahawa beliau dan kaum ibu yang lain terpaksa berada dalam situasi sebegitu disebabkan kerajaan yang memilih untuk intepretasi undang-undang dan diskriminasi terhadap wanita.

“Saya dan ibu-ibu lain terpaksa berada dalam limbo ini kerana kerajaan memilih untuk interpretasi undang-undang melalui mata yang seksi dan diskriminasi terhadap wanita.

Saya mungkin tidak suntuk wang, hanya masa dan tenaga. Tapi ibu-ibu lain?? Sekolah?? Apa yang negara ini takut sangat dengan anak-anak kaum hawanya??Tak pure blood?? Ni Bukan Harry Potter.

Saya merayu Tuan @IsmailSabri60 untuk tolong kaum ibu dan anak-anak kami.”- rayunya

Sekadar info, Loca mempunyai seorang anak ,Yusuf Alezander yang telah dilahirkan di United Kingdom hasil perkahwinannya terdahulu manakala perkahwinannya bersama penyanyi Tuju, dikurniakan seorang lagi cahaya mata keduanya yang diberi nama sebagai Bintang Aiko.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri ismail sabri yaakobLoca B
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara