Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[ULASAN] Halusinasi Dari Fieya Julia Buat Pendengar ‘Layan Perasaan’

Fieya kini mempertaruhkan Halusinasi sejak Ogos lalu sebagai single keempatnya.

by Khai Azfar
September 29, 2021
Share on Facebook

Rugi sekiranya industri ‘melepaskan’ penyanyi berbakat besar seperti Fieya Julia yang tampil dengan pelbagai kelainan menerusi single terbaharunya.

Pertaruhan Halusinasi Fieya 

Mengimbas kembali persembahan Fieya sewaktu menjayakan program realiti Immortal suatu ketika dahulu, kami masih teringat akan pertaruhan Fieya menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta Mu yang cukup bertenaga dan unik. Malah turut mendapat pujian daripada komposer lagu tersebut, Fauzi Marzuki.

Layan Perasaan Dengan Halusinasi 

Fieya atau nama sebenarnya, Nur Syafiyah Sejali, 22 kini mempertaruhkan Halusinasi sejak Ogos lalu sebagai single keempatnya. Pertama kali mendengar Halusinasi, seperti tepat dengan namanya apabila kami turut ‘melayan perasaan’ dengan rentaknya. Mungkin lagu seperti ini bukan sesuatu yang baharu di dalam arena muzik, namun pujian harus diberikan buat Fieya yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuh darinya selepas ditawarkan oleh syarikat rakaman Aries Music.

Difahamkan, lagu Halusinasi telah siap pada Ogos 2020 berdasarkan kisah benar tentang perasaannya ketika itu. Menariknya lagi,lirik tersebut disiapkan dalam tempoh sehari dan dalam jangka seminggu, siap sepenuhnya karya ini. Pertaruhan baharu sebagai seorang komposer bukan sahaja satu rekod peribadi buat Fieya malah khabar gembira buat industri yang memerlukan lebih ramai pelapis berbakat besar. Barangkali, Fieya boleh mencontohi penyanyi-penyanyi seangkatannya seperti Aina Abdul, Haqiem Rusli, Yonnyboii yang turut aktif menulis lagu.

Perkembangan Terbaharu Fieya 

Dalam perkembangan berkaitan, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik Covid-19, Fieya juga telah menemui hobi baharu apabila aktif sebagai ‘full time streamer’ dengan bermain permainan atas talian. Menerusi sebuah kenyataan media, Fieya berkata dia bersedia untuk mempertimbangkan tawaran lakonan sekiranya terdapat produksi yang berminat untuk menawarkannya.

“Pernah dapat tawaran berlakon tapi watak janda, Fieya tak nak. Ada juga yang tawar berlakon dalam drama, cuma Fieya agak memilih kerana tak nak watak yang pelik-pelik sebab masih muda. Sekarang ini Fieya tak berlakon pun ramai yang ingat Fieya janda. Kalau boleh nak elakkan benda itu.

“Kalau diberi tawaran berlakon teringin nak berlakon dalam cerita budak-budak sekolah menengah. Kalau boleh Fieya nak cuba berlakon dalam YouTube dulu. Fieya ada saluran YouTube sendiri dan ada geng yang boleh buat drama pendek. Tengok dulu dari hasil yang saya buat tu, nak orang nilai sesuai tak saya berlakon.

“Komen orang ramai perlu, kalau masih banyak benda yang kurang kena belajar dulu dan kalau ramai cakap boleh berlakon, Fieya sedia untuk lakonkan watak yang sesuai. Fieya tak nak jadi penyanyi saja, kalau boleh nak cuba pelbagai bidang,” katanya

Terdahulu, menerusi artikel Murai.my Fieya mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imejnnya yang kini berhijab. Buat para peminat, lagu Halusinasi boleh dilayari di pelbagai platform streaming seperti Apple Music, iTunes, Sportify, Joox, KKBox dan Deezer.

YouTube video
Fieya Julia
https://lomp.at/vuk2u
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara