Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Sebenarnya Kiteorang Tak Anti pun” – Suhaimi Saad & Keluarga Guna Alternatif Lain Sebagai Pengganti Vaksin

Beliau dan isteri mengamalkan pemakanan sunnah, homeopati, dan rawatan-rawatan alternatif lain

by Naddy Joe
September 30, 2021
Share on Facebook

Bekas ahli kumpulan InTeam, Suhaimi Saad menjawab persoalan netizen di laman TikTok mengenai pengambilan vaksin.

Mengamalkan Pemakanan Sunnah

Melaui video yang dimuatnaik di laman TikTok, Suhaimi memberitahu bahawa beliau dan keluarganya mengamalkan pemakanan sunnah, homeopati, dan rawatan-rawatan alternatif lain sebagai ‘pengganti vaksin’.

“Sebenarnya soalan ni agak kelakar, sebab boleh dikatakan satu malaya dah tahu kan. SS ni dilabelkan sebagai anti vaksin walaupun sebenarnya kiteorang tak anti pun.

Cuma kiteorang tidak memilih cara atau ikhtiar itu, kiteorang pilih cara lain mungkin pemakanan sunnah, homeopati dan rawatan-rawatan alternatif yang lain.”- dedah Suhaimi

Tidak Mempunyai Niat Untuk Dapatkan Suntikan Vaksin

Suami kepada Ina Naim ini bagaimanapun memberitahu bahawa mereka masih belum mendapat suntikan COVID-19 dan tidak mempunyai niat untuk mendapat suntikan vaksin.

“So setakat ni, belum lagi InsyaAllah tak ada niat untuk ambik vaksin. Wallahualam semuanya kita serahkan kepada Allah SWT. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar mudah-mudahan Allah telah tetapkan satu ketetapan atau takdir yang terbaik untuk kita sama ada ambil vaksin atau tak ambil vaksin.”-Jelas Suhaimi

Dedah Solat Jemaah Di Rumah Boleh Dilakukan Secara Rapat

Beliau turut menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan bagaimana beliau memasuki masjid sekiranya tidak mengambil vaksin.

“Masuk masjid pun solat jarak jugak. Kat rumah boleh solat jemaah rapat-rapat. Ikut sunnah. Lagipun kan ada wabak, buat apa nak pergi masjid. Kalau sakit kan susah.”- katanya lagi

Kongsi Suhaimi lagi, sehingga ke hari ini beliau tidak memasuki mana-mana kedai dan  masih hidup.

“Tak masuk pun. Tapi masih hidup. Rezeki dari Allah.”-Suhaimi Saad

Terdahulu, Suhaimi pernah meluahkan rasa bangga terhadap 779 orang guru di negeri Johor yang dikhabarkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19. Menurut Suhaimi, beliau menyifatkan guru tersebut bukanlah mereka yang terdiri daripada golongan tidak bijak dan turut mendoakan agad dipermudahkan urusan mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anti vaksinSuhaimi Saad
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara