Nama Alia Bhatt pastinya sudah tidak asing lagi bagi para peminat filem Bollywood. Alia Bhatt juga adalah salah seorang pelakon Bollywood yang hebat dalam setiap lakonannya. Bukan itu sahaja, gaya Alia Bhatt di luar waktu penggambaran juga tidak kurang menariknya. Walaupun dengan wajahnya yang polos tanpa calitan mekap, dia tetap kelihatan mempersona.
Alia Bhatt adalah bintang filem Bollywood yang dilahirkan dalam keluarga Bhatt. Ayahnya Mahest Bhatt adalah seorang pengarah filem dan ibunya Soni Razdan juga merupakan seorang pelakon. Kekasih kepada pelakon kacak, Ranbir Kapoor ini dilahirkan pada 15 Mac 1993 dan telah memulakan kerjaya lakonannya sejak dari tahun 2012 dengan filem sulungnya yang berjudul ‘ Student Of The Year’.
Peminat pelakon cantik ini pasti lebih tahu bagaimana gayanya dalam filem bukan? Tapi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa foto Alia Bhatt sewaktu di luar masa kerjanya. Jom kita tengok!
1. Gaya Mesra Bersama Kekasihnya Ranbir Kapoor
Alia Bhatt baru sahaja bersama-sama menyambut hari ulang tahun kelahiran Ranbir Kapoor dan telah memuat naik foto bersama kekasihnya itu di tepi pantai. Alia Bhatt juga sempat mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 39 kepada teman lelakinya itu. Alia dilihat menyendengkan kepalanya di bahu Ranbir dan mereka kelihatan sangat ‘sweet’. Anda setuju?
2. Gaya Alia Bhatt Yoga
Alia Bhatt adalah salah seorang pelakon yang sangat rajin memberi salam kepada para peminatnya melalui gambar terbaru yang dimuatnaik di media sosial miliknya. Dia juga suka berkongsi aktiviti sehariannya bersama peminat. Seperti gambar yang kami kongsikan ini, Alia Bhatt nampaknya sedang melakukan senaman yoga. Fleksibel betul gayanya!
3. Gaya Alia Bhatt Di Pantai
Walaupun Alia selalu sibuk dengan jadual penggambaran yang agak padat hampir setiap hari, namun dia sempat meluangkan masa untuk bersantai di pantai. Gayanya ketika itu juga mampu mencuri perhatian peminatnya dengan hanya mengenakan bikini bersama kaca mata hitam untuk melindungi matanya dari pancaran cahaya matahari. ‘Cool’ kan?
4. Gaya Sewaktu Berenang
Bukan hanya yoga, salah satu aktiviti kegemarannya adalah berenang. Gaya Alia ketika sedang menyelam dengan rambutnya yang cantik nampak begitu mempersonakan dan gambar ini mampu mencuri perhatian perminatnya.
5. Gaya Alia Mengenakan Baju Tie Dye
Memiliki bentuk tubuh ideal ‘body goals’ yang diidamkan ramai orang membuatkan Alia sesuai mengenakan apa saja jenis pakaian. Walaupun dia hanya memakai t-shirt lengan panjang Tye Dye yang dipadankan dengan seluar berwarna pink bercorak dan gaya rambut yang dibiar lepas terurai, dia tetap kelihatan memukau dan cantik.
6. Alia Rajin Melakukan Senaman
Rajin bersukan nampaknya menjadi salah satu rahsia Alia memiliki bentuk badan yang ideal dan langsing yang menjadi idaman setiap kaum hawa. Selain dari hanya mencapai ‘body goals’, Alia Bhatt juga rajin melakukan senaman bagi memastikan tubuh badannya sentiasa kuat dan sihat.
7. Gaya Alia Bangun Dari Tidur
Gaya Alia Bhatt selepas bangun dari tidur juga dapat memukau perhatian peminatnya. Sebabnya, Alia telah membuktikan kepada semua bahawa kecantikkannya adalah anugerah terindah yang semula jadi. Wajahnya tanpa secalit solekan pun masih kelihatan cantik walaupun dia baru sahaja bangun dari tidur. ‘Natural beauty’!
8. Gaya Potret Alia Bhatt
Gaya Alia Bhatt ketika melakukan pemotretan ini juga dapat mencairkan hati para peminatnya. Dia kelihatan sangat manis dan menawan. Alia Bhatt mengenakan sari dengan gaya rambutnya yang cantik.
Apa pendapat anda? Tertarik dengan gaya Alia Bhatt? Begitulah gaya bintang filem Bollywood ini yang dikhabarkan akan menikah dengan kekasihnya Ranbir Kapoor tidak lama lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.