Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Pencipta Video TikTok Ini Tular! Cipta Menu Unik Guna Baki Ikan Salmon

Video yang dimuatnaik di akaun TikToknya itu telah mendapat tontonan sehingga 4.5 juta

by Puteri Alia
October 6, 2021
Foto - TikTok @emilymariko

Foto - TikTok @emilymariko

29
KONGSIAN
Share on Facebook

Apakah rasa menjamu selera hidangan nasi putih yang bercampur dengan isi ikan salmon bersama sos soya, sos cili pedas dan mayonis?

Kandungan pencipta video TikTok yang dikenali sebagai Emily Mariko ini telah menarik perhatian pengguna media sosial, di mana rakamannya mencipta menu unik dengan menggunakan baki ikan salmon dan beberapa bahan ringkas lain menarik selera warganet.

Cipta Menu Ringkas Dan Menyihatkan

Foto – TikTok @emilymariko

Untuk info, Emily terkenal dengan penghasilan video makanan yang menyihatkan, sesuai dengan amalan gaya hidupnya yang seimbang dan sihat.

Video makanan yang tular kali dan mendapat perhatian warganet adalah menu nasi salmon, dengan hanya menggunakan baki isi ikan salmon, nasi putih, manonis, sos cili pedas dan sos soya yang digaul sekata sudah cukup menghasilkan menu yang sedap dan sihat untuk dicuba.

Video Dapat Tontonan 4.5 Juta Di TikTok

Video yang dimuatnaik di akaun TikToknya itu telah mendapat tontonan sehingga 4.5 juta, dan mendapat 713.6K tanda suka di TikTok.

@emilymariko

?

♬ original sound – Emily Mariko

Warganet Terpengaruh Ingin Cuba

Selepas melihat video nasi salmon yang dihasilkan Emily ini, rata-rata ramai warganet berkongsi pandangan mereka dan meluahkan ingin cuba sendiri dalam menghasilkan menu tersebut.

Buat yang sudah mencuba menu tersebut, mereka berkata rasanya sangat lazat dan ingin terus makan menu nasi salmon itu.

Foto – TikTok @emilymariko

“Anda semua, ianya sangat sedap. Saya dah cuba hari ni, dan ianya rasa seperti syurga”

“Saya mengidam ini setiasa hari” Komen mereka

Foto – TikTok @emilymariko

“Saya tak suka salmon tapi saya rasa macam nak buat ni”

“Ini menjadi makanan saya setiap hari sejak minggu lepas… Tolong”

“Memang 10/10. Mak saya dan kakak gilakan ini untuk makan malam pada malam sebelumnya dan ianya sangat bagus” Komen mereka lagi

Ramai yang cakap sedap, boleh cubalah menu ni hujung minggu nanti!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"
Emily MarikoNasi Salmontiktok
https://lomp.at/1q9t4
Share12Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem