Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Siti Nordiana Ke Kandang Saksi, Tapi Kenapa Zoey Rahman Dipanggil?

by Phic ARMAN
October 7, 2021
101
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampak kes melibatkan saman penyanyi Siti Nordiana ke atas lima individu itu atas dakwaan menfitnah masih belum temui noktahnya. Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana ini akan  memberi keterangan dari kandang saksi pada perbicaraan kes saman fitnah tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar perbicaraan penuh dijalankan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini.

Peguambela Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Musyadzafar Bin Samin (Sam Samin) dan Razidah Binti Ahmad Senusi (Aida G.) menyatakan yang kedua-dua defendan yang diwakili beliau akan mengemukakan tujuh orang saksi, termasuk kedua-dua anak guamnya.

Zoey Rahman

“Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah.

Terdahulu, Nurul Hafidzah menyatakan yang pihak plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman fitnah tersebut kerana tiada sebarang pernyataan fitnah yang telah dikeluarkan oleh anak-anak guam beliau.

Peguam tersebut juga berpendapat bahawa kes saman fitnah yang diambil oleh Siti Nordiana tidak memenuhi semua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang telah memfitnah.

“Pada setakat ini, dokumen-dokumen, fakta-fakta yang telah dipersetujui, dan fakta-fakta untuk dibicara telahpun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi dari Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini,” tambah Nurul Hafidzah.

Siti Nordiana adalah saksi plaintif yang pertama dan akan masuk ke kandang saksi pada hari pertama dan kedua perbicaraan. Penyanyi tersebut akan melalui pemeriksaan balas oleh peguam defendan bermula dari hari perbicaraan pertama.

Ketua pasukan pembelaan bagi defendan keempat dan kelima tersebut juga berkata yang Siti Nordiana akan berada dalam kandang saksi sepanjang masa beliau diperiksa balas dan diperiksa semula dalam memberikan keterangan beliau kerana beberapa bukti penting akan turut dikemukakan sebagai keterangan yang bakal dikemukakan kepada mahkamah.

Sebelum ini media melaporkan yang bicara saman fitnah tersebut akan bermula pada 29 September tetapi ianya telah ditangguhkan ke bulan ini kerana tarikh tersebut bertindih dengan pendengaran kes sivil Abu Syafiq di Kuantan.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

siti nordiana
https://lomp.at/8r1w6
Share40Tweet25SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem