Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ustazah Asma’ Harun & Lufya Omar Beri Komen ‘Trend’ Usahawan Wanita Sanggup Jual Diri

Mereka berasa sedih melihat akhlak masyarakat semakin tenat dengan melakukan aksi tidak bermoral di media sosial

by Puteri Alia
October 8, 2021
Foto - Facebook @ustazahasmaharun/Instagram @lufyalaana

Foto - Facebook @ustazahasmaharun/Instagram @lufyalaana

Share on Facebook

Gara-gara memberi teguran kepada usahawan selebriti, PU Syed dikatakan cuba menumpang populariti dan mengaibkan individu berkenaan.

Isu panas ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas terkenal Ustazah Asma’ Harun, dan sekaligus memberi teguran terbuka kepada golongan usahawan dan juga masyarakat di media sosialnya.

Kami Tak Buat Kerja Tuhan Tapi Ramai Yang Lawan Tuhan – Ustazah Asma’

Ustazah Asma’ akui berasa sedih melihat akhlak masyarakat semakin tenat dengan melakukan aksi tidak bermoral di media sosial, tapi malangnya setelah memberi teguran mereka pula dipersalahkan biarpun berniat untuk melaksanakan perintah Tuhan.

“TIADA SIAPA YANG BOLEH BUAT KERJA TUHAN TAPI YANG RAMAINYA BERANI LAWAN TUHAN.

Harus faham, kami ni bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.” Katanya

Foto – Instagram @ustazahasmaharun

Menyentuh soal pendakwah mengejar populariti dan pengaruh, Ustazah Asma’ menegaskan mereka (pendakwah) bukan ingin menumpang populariti sesiapa atau mengejar ‘rating’ apatah lagi ia bukanlah satu kebanggaan atau anugerah.

Menurut pendakwah wanita itu lagi, mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana tidak mencegah kemungkaran yang berlaku.

“PU Syed, para pendakwah, orang awam termasuklah saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, ia hanyalah alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran” Tulisnya lagi

Banyak Aduan Sama Berlaku

Selain itu, Ustazah Asma’ menjelaskan sebenarnya sudah terlalu banyak aduan mengenai usahawan selebriti berkenaan diterima kerana menormalisasikan maksiat dengan aksi dan percakapan yang mengghairahkan secara terbuka di media sosial.

Prince Syed & Isteri Infaq Telekung RM12k Kepada Ustazah Asma, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Dan malangnya bukan usahawan selebriti itu saja yang melakukan berkelakuan begitu, ramai usahawan wanita lain sanggupkan menggadaikan maruah diri mereka sebagai wanita muslim demi mengaut keuntungan dunia.

Foto – Facebook @ustazahasmaharun
Foto – Facebook @ustazahasmaharun

“ADUAN DAH LAMA DAN BANYAK

Sebenarnya dah lama dan kerap kali saya menerima aduan khusus tentang beliau, kebimbangan ramai pihak terhadap normalisasikan aksi dan percakapan luc** serta mengghairahkan secara terbuka. Bahkan di kalangan netizen melakukan perkara yang sama.

Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan ‘founder’ produk seumpamanya. Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, begitu juga dengan jualan walaupun dengan jalan maksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan ‘marketing’.

Kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maruah diri wanita musim sanggup digadaikan begitu saja, jika iman tidak boleh menghalang di mana perginya rasa malu dalam diri?” Tulisnya lagi

Lufya Akui Takut Lihat Cara Wanita Zaman Sekarang Berniaga

Melihat posting Ustazah Asma’, pelakon tanah air Lufya Omar atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkongsi pendapat diruangan komen posting pendakwah berkenaan.

Pelakon ini juga mengakui berasa takut melihat cara wanita masa kini berniaga, dengan melakukan aksi sedemikian akan menyebabkan norma baru yang akan menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan.

Foto – Instagram @lufyalaana/Facebook @ustazahasmaharun

“Sejujurnya saya pun takut tengok cara ramai wanita berniaga melariskan produk-produk mereka. Malu anak-anak gadis kita tengok. Takut-takut dah terbiasa tengok wanita berjaya dengan cara berniaga cara sebegini dan menjadi ikutan..

Lama-lama jadi terbiasa ‘New Form’. Perasaan malu itu mesti ada, bukan malu untuk berusaha berniaga tapi malu melakukan adegan yang tidak sopan dan pakaian yang keterlaluan.” Komen Lufya

Apa pandangan anda tentang isu ini?

Lufya OmarUstazah Asma Harun
https://lomp.at/3mb6z
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara