• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Semoga Mereput Dalam Neraka”-Caprice Mahu PDRM Kenakan Tindakan Tegas Terhadap Pelaku Seksual

Bagaimanapun, terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengannya

by Naddy Joe
October 8, 2021
Share on Facebook

Isu pelaku seksual yang semakin menjadi-jadi di Malaysia mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi rap terkenal, Caprice yang berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku seksual tersebut.

Ada Pihak Tidak Puas Hati 

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice turut  mendedahkan bahawa terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengannya yang sering melakukan posting mengenai gangguan seksual yang berlaku.

“Salam guys, ada pihak yang tak puas hati tiap kali kita post apa-apa tentang sexual harassment.”- dedah Caprice

Harap Pelaku Seksual Diambil Tindakan Tegas

Dalam pada itu, Caprice turut berharap agar pelaku seksual diambil tindakan tegas oleh pihak Polis.

“Caprice harap @pdrmsia_official ambik tindakan keras kepada sexual predators dekat Malaysia. Makin lama depa ni di bela..makin berani, dan makin rosak Malaysia nanti.”-luah Caprice

Caprice turut menyatakan bahawa mereka yang selalu melakukan kerja terkutuk tersebut akan mengambil kesempatan disebabkan kedudukan dan kuasa yang ada pada sestengah pelaku seksual tersebut.

“Kalau korang perasan, kes orang beruniform askar isap jari, kes boss cium dahi staff, dan lain-lain..mangsa selalu caught off-guard & stuck bila benda tu berlaku.

Orang yang selalu buat kerja jijik ni akan ambil kesempatan dari kedudukan dan kuasa mereka (uniform, pangkat, atau berpengaruh) to prey on their victims. Semoga pelaku seksual mereput dalam neraka.”-katanya

Tambahnya lagi, sesiapa yang melindungi dan mempertahankan pelaku seksual dan pedofilia, mereka turut bersalah seperti mereka yang melakukan jenayah tersebut.

“Sesiapa yang melindungi, mempertahankan , dan mengikuti pelaku seksual dan pedofilia…anda juga bersalah seperti mereka yang melakukan jenayah itu.”- katanya lagi

Sebelum ini, pernah tular video seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape alami gangguan seksual oleh seorang lelaki yang berpakaian seragam. Terkini, tular lagi kes gangguan seksual lain apabila seorang lelaki sengaja mencium kepala mangsa dan memberikan alasan mahu mengambil cop yang telah terjatuh di pejabat mereka.

[VIDEO] Gelagat Anak Caprice Mahu Solat, Curi Perhatian Netizen-"Bakal Imam Ni..."

Semoga pelaku seksual dikenakan tindakan tegas terhadap perlakuan jijik mereka.

caprice
https://lomp.at/heskf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

by Naddy Joe
October 1, 2025

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
Gossip

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

Perkongsian terbaharu penyanyi, Iman Troye di akaun TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen, Menerusi hantaran tersebut, Iman Troye...

Read more
by Naddy Joe
December 1, 2025
Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
Gossip

KRU Beri ‘Hint’ Juliana Banos Akan ‘Perform’ Di Konsert GenKRU Finale?

Kumpulan muzik pop dan hip hop terkenal, KRU mencetuskan rasa teruja netizen apabila memuatnaik satu foto di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
November 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  3. 3

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore