Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Tak Sabar! Ini 5 K-Drama Menarik Sepanjang Oktober 2021

Berikut kami 'shortlist' beberapa K-Drama menarik buat anda semua.

by Naddy Joe
October 8, 2021
199
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah seminggu bulan Oktober membuka tirainya. Anda masih mencari K-Drama menarik untuk tontonan sepanjang bulan ini? Berikut kami shortlist beberapa K-Drama menarik buat anda semua. Stay tune guys!

Jirisan

Drama Jirisan yang dibintangi oleh Jun Ji Hyun sebagai top ranger Gunung Jiri, Seo Yi Kang dan Joo Ji Hoon sebagai rookie ranger Kang Hyun Jo, menyembunyikan rahsia yang tidak dapat diungkapkan.

Drama ini mengisahkan insiden yang berlaku di taman negara ketika keduanya mula mencari kebenaran di sebalik kemalangan misteri yang berlaku di gunung. Mereka adalah renjer yang melindungi gunung dan menyelamatkan pendaki yang hilang.

https://www.youtube.com/watch?v=6MYasPjG6JM

My Name

My Name mengisahkan Yoon Ji Woo (Han So Hee), seorang wanita yang menyertai organized crime ring dan di bawah arahan mereka, dikehendaki menyamar sebagai undercover agent untuk mengetahui kebenaran di sebalik kematian bapanya.

Park Hee Soon berperanan sebagai rakan lama bapanya dan mob boss Choi Moo Jin, manakala Ahn Bo Hyun adalah Jeon Pil Do, seorang detektif polis yang menjadi rakan kepada Yoon Ji Woo.

YouTube video

Reflection Of You

Reflection Of You adalah mengenai Jung Hee Joo (Go Hyun Jung), yang dibesarkan dalam kemiskinan. Beliau kini menjalani kehidupan yang berjaya di samping keluarga yang bahagia dan kaya, namun beliau masih menyimpan perasaan kosong mengenai masa yang telah berlalu.

Shin Hyun Been adalah Go Hae Won, yang membesar sebagai remaja yang cantik tetapi sangat terluka akibat pertemuan singkatnya bersama Jung Hee Joo, dan dia mendapati luka itu hanya terus bersambung seiring dengan waktu yang berlalu.

YouTube video

The King’s Affection

Berdasarkan manhwa (komik Korea), The King’s Affection adalah drama percintaan mengenai putera mahkota, yang sebenarnya seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki, dan guru putera mahkota.

Park Eun Bin memegang watak sebagai Putera Mahkota Lee Hwi, wanita yang menyamar dan ditinggalkan kerana menjadi wanita, manakala Rowoon SF9 sebagai guru Lee Hwi, Jung Ji woon.

YouTube video

Peng

Peng mengisahkan seorang wanita bernama Go Sa Ri (Yoon So Hee) memasuki usia 30-an ketika empat lelaki berada dalam hidupnya.

Beliau menghadapi situasi sukar apabila rakan baiknya Pi Jung Won (Choi Won Myeong), bos Ki Sun Jae (Joo Woo Jae), bekas teman lelaki Jeon Woo Sang (Lee Seung II), dan model muda Yeon Ha Rim secara serentak berusaha untuk memenangi hatinya.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kdramakdrama oktober 2021
https://lomp.at/wnpwr
Share80Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem