Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Erra Fazira Sudah Berkahwin Dengan Faizal Azumu?

Lebih mengejutkan, Erra turut didakwa menjadi isteri kedua kepada ahli politk itu.  

by Khai Azfar
October 11, 2021
Share on Facebook

Sejak petang Ahad,tular di laman Twitter mengenai nama pelakon,penyanyi dan pengacara Erra Fazira yang dikatakan sudah berkahwin dengan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Azumu.

Dakwa Jadi Isteri Kedua Faizal Azumu

Dakwaan tersebut muncul selepas seorang pengguna laman itu yang dikenali sebagai @abam_kumis mengatakan bahawa info tersebut diperoleh berdasarkan kenyataan jiran kepada Erra ataupun Faizal.  Lebih mengejutkan, Erra turut didakwa menjadi isteri kedua kepada ahli politk itu.

Dalam padu itu, carian seorang netizen lain turut mendakwa Faizal hanya mengikuti seorang selebriti iaitu Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek di laman Instagram, kononnya menguatkan spekulasi tersebut.

Murai.my cuba menghubungi pihak Erra menerusi pengurusnya namun gagal dihubungi. Menjengah kepada hantaran terkini Instagram primadona filem Melayu itu, Erra berkongsi fotonya sedang melakukan aktiviti berbasikal bersama beberapa individu lain .

BACA LAGI: Setiausaha Faizal Azumu Respon Isu Perkahwinan Dengan Erra Fazira

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Erra Berkias Kepada Netizen 

Malah, pelantun Hanya Di Mata ini turut meninggalkan kiasan menafikan perkahwinannya kepada netizen yang telah membanjiri ruangan komennya dengan persoalan mengenai isu tersebut.

“Apooooo(Apa)..tak habis-habis cerita pasal kahwin ini. Apa pun, orang suka untuk berkata, jadi biarkan mereka seronok dengan berkata-kata” tulis Erra sekaligus seperti menafikan dakwaan yang tular

Sekadar info, Erra mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkahwinan bersama bekas suami, Engku Emran sebelum bercerai pada 2014. Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi kumpulan KRU yang juga pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim dan bercerai pada tahun 2006.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumuerra faziraErra Fazira Faizal Azumu
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara