Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Isu Sampah Di Pantai Batu Layar, Ini Respon TMJ!

Baginda akan meminta laporan penuh dari pejabat daerah dan akan memastikan Pegawai Daerah mengambil tindakan sewajarnya.

by Naddy Joe
October 12, 2021
via Instagram & Facebook @Orang Kota Tinggi

via Instagram & Facebook @Orang Kota Tinggi

Share on Facebook

Tular di media sosial apabila netizen mula meluahkan mengenai tahap kebersihan di tempat rekreasi di Batu Layar Kota Tinggi yang mempunyai terlalu banyak sampah. Luahan tersebut mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Seorang netizen di Twitter yang dikenali dengan nama @Asyikin Mustaffa memberitahu bahawa tempat rekreasi terkenal tersebut semakin penuh dengan sampah sarap yang dilakukan oleh pengunjung yang hadir.

“@HRHJohorII just nak bagitau tempat rekreasi di Batu Layar Kota Tinggi terlalu banyak sangat sampah sarap, orang dtang berkelah dan buang sampah merata-rata..dan orang boleh berkelah di tepi-tepi sampah..Saya harap ramai ada kesedaran untuk menjaga laut kita.”-Tweet @AsyikinMustaffa

Mendapat Respon TMJ

Dipetik dari laman Twitter rasmi Tengku Mahkota Johor, baginda akan meminta laporan penuh dari pejabat daerah, dan akan memastikan Pegawai Daerah mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya akan minta laporan penuh dari Pejabat Daerah, dan akan memastikan Pegawai Daerah mengambil tindakan sewajarnya.

Saya juga akan minta Kerajaan mendidik masyarakat kita untuk menjaga kebersihan alam sekitar, kesihatan, demi negeri dan kesejahteraan rakyat.”-Tweet TMJ

Netizen Luah Rasa Kesal

Tinjauan Murai.my di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan keadaan di tempat rekreasi tersebut.

“Memang sangat betul Tuanku. Saya pergi ke situ minggu lepas, sangat kotor dan amat memalukan. Sampai tak sanggup nak ambil gambar. Tengok sahaja langsung balik.”

“Sedih orang Malaysia bersikap sebegini, tak tahu tanggungjawab jaga kebersihan persekitaran..Di Stulang Laut tu pun kalau lalu pepagi nak menikmati pagi dengan anak-anak kat situ tapi air banyak dengan sampah. Terus tak jadi nak bagi anak-anak turun jalan-jalan kat situ. Sungai-sungai pun perlu dititikberatkan.”

“Memang benar Tuanku, semalam saya baru singgah sana. Pusat rekreasi pantai batu layar semakin hari semakin teruk kotor dengan sampah. Harap Tuanku dapat ambik tindakan yang tegas dan cekap..” ujar mereka

Apa pendapat anda?

TMJ & Keluarga Tunai Umrah, Sempat Bertemu Legenda Ragbi Sonny Bill Williams di Masjidil Haram, Makkah
Tmj
https://lomp.at/fo2q1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Vietjet
Jalan-Jalan

VietJet Tambah Penerbangan Musim Cuti & Tingkatkan Perjalanan Musim Panas Sehingga Awal Mei Ini!

by Nurul A.
April 12, 2026

Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Foto - redBys
Jalan-Jalan

5 Lokasi Menarik di Malaysia untuk Rai Hari Pekerja Dengan redBus!

by Nurul A.
May 1, 2026

Memandangkan Hari Pekerja pada 1 Mei ini jatuh pada hari Jumaat, ia merupakan peluang keemasan untuk merebut hujung minggu panjang....

Read moreDetails
Jalan-Jalan

WiFi ‘Laju Gila’ Dalam Kapal Terbang? Emirates A380 Kini Lagi Power Dengan Starlink!

by Phic ARMAN
April 28, 2026

Kalau dulu internet dalam kapal terbang sekadar cukup-cukup nak hantar WhatsApp, sekarang tidak lagi. Tahun 2026 jadi saksi bila pesawat...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Tahu, Emirates Ada Cara Bantu Anak Autisme ‘Practice’ Sebelum Terbang

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau travel bagi kita nampak seronok, hakikatnya ada juga keluarga yang rasa ia satu cabaran besar, terutama yang ada anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara