Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Niezam Zaidi, Latiff Zami & Saiful Zaidrin Mengaku Bersalah Miliki Dadah!

Mahkamah membenarkan Niezam, Latiff dan Saiful Zaidrin diikat jamin masing-masing berjumlah RM3,000, RM2,600 dan RM3,200

by Khai Azfar
October 12, 2021
Share on Facebook

Pelakon Niezam Zaidi bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 , jika sabit kesalahan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis Ahad lalu.

Ketiga-Tiga Tertuduh Mengaku Bersalah 

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Niezam atau nama sebenarnya Muhamad Niezam Mohd. Zaidi, 29, yang kelihatan memakai baju lokap berwarna ungu itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari.

Gambar via UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Dalam prosiding yang sama pengarah yang juga anak kepada pelawak veteran Allahyarham Zami Ismail, Mohd. Latiff Zami, 49 dan pembantu pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 47, juga mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 0.30 gram dadah jenis kanabis dan 0.38 gram dadah jenis methamphetamine.

Difahamkan, kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di lokasi, masa dan tarikh yang sama.Bagi kesalahan itu,Latiff didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 manakala Saiful Zaidrin didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta sama.

Sabit kesalahan Saiful Zaidrin boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Diikat Jamin

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin kepada Niezam dan Latiff manakala RM8,000 kepada Saiful Zaidrin. Bagaimanapun, peguam Intan Shafini Mior Shahrin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan dikurangkan pada kadar minimum berikutan ketiga-tiga tertuduh tidak memiliki pendapatan tetap selain terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah kemudian membenarkan Niezam, Latiff dan Saiful Zaidrin diikat jamin masing-masing berjumlah RM3,000, RM2,600 dan RM3,200 dan kesemua mereka membayar wang jaminan berkenaan.Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Disember ini bagi sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

“Dia Bukan Syurga” – Kisah Realiti Cinta Toksik di Astro Ria
fathia latiffNiezam ZaidiSaiful Zaidrin
https://lomp.at/rmbcn
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Hariz Hamdan & Tracie Sinidol Beri ‘Hint’ Sedang Bercinta?-“We’re Making It Official..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa bersama pelakon, Tracie Sinidol, baru-baru ini. Hariz menerusi video yang...

Read moreDetails
Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara