Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Dadah : Lihat Ucapan Rakan-Rakan Selebriti Beri Semangat Buat Niezam Zaidi

Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam bin Mohd Zaidi memohon maaf sekiranya membuat sebarang kesilapan .

by Khai Azfar
October 13, 2021
Share on Facebook

Selepas tularnya berita mengenai Niezam Zaidi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah, pelakon berusia 29 tahun ini tampil memuatnaik sebuah hantaran terbaharu berkongsi akan perkembangan dirinya.

Niezam Mohon Maaf

Terlebih dahulu, Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam bin Mohd Zaidi memohon maaf  sekiranya membuat sebarang kesilapan . Malah dia turut memohon maaf tidak dapat membalas kiriman mesej daripada para media dan sahabat-sahabatnya.

“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.

“Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, Whatsapp, call dan sebagainya” tulis Niezam

Menganggap perkara yang terjadi sebagai satu hikmah, Niezam meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buatnya. Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Budak Pailang ini berkata dia  tidak boleh memberi sebarang komen lanjut mengenai isu penahanannya.

“Alhamdulillah,syukur pada Allah diatas apa yang terjadi & jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga Allah merahmati kalian

“Buat masa sekarang,saya simpan apa-apa comment mengenai isu ini.

“Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin,” katanya lagi

https://www.instagram.com/p/CU7Smi_lymb/

Rakan Selebriti Titip Kata Semangat 

Di ruangan komen rata-rata peminat termasuk rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat. Antaranya seperti Norman Hakim, Zoey Rahman, Shima Anuar, Siti Fazurina, Syazwan Zulkifly,Remy Ishak, Ropie, Adam Shaz, Ungku Hariz serta ramai lagi.

Topik Berkaitan "I Dengan Niezam Kawan Rapat Sahaja"- Sarah Yasmine Tepis Dakwaan 'Penyondol'

Pada Ahad lalu, Niezam bersama pengarah yang juga anak kepada pelawak veteran Allahyarham Zami Ismail, Mohd. Latiff Zami, 49 dan pembantu pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 47, telah ditahan atas tuduhan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Pada Selasa,ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Shazmeer Zamhari.Jika disabitkan bersalah, Niezam berhadapan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Latiff pula didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 manakala Saiful Zaidrin didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta sama.Sabit kesalahan Saiful Zaidrin boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Niezam, Latiff dan Saiful Zaidrin diikat jamin masing-masing berjumlah RM3,000, RM2,600 dan RM3,200 selepas meminta rayuan pengurangan dan kesemua mereka membayar wang jaminan berkenaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
latiff zamiNiezam Zaidiniezam zaidi dadah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara