Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Setakat Bagi Dine-In, Rentas, Masuk Mall” – Rita Rudaini Akui ‘Tak Hadap’ Kelonggaran Diberi Kerajaan

Rita turut akui tidak kisah sekiranya tidak dapat pulang ke kampung ataupun bercuti

by Khai Azfar
October 13, 2021
Share on Facebook

Pelakon Rita Rudaini terus menarik perhatian netizen dengan pelbagai perkongsian yang dibuatnya di laman Instagram terutama berkaitan isu vaksin dalam negara.

Rita Tidak Ambil Peduli Kelonggaran Yang Diberi 

Terbaru, Rita seolah-olah menyindir akan kelonggaran yang diberikan kerajaan baru-baru ini apabila membenarkan mereka yang lengkap vaksin untuk merentas rentas negeri, pergi ke pusat membeli-belah dan juga makan di dalam restoran.

Menurut pelakon itu, dia menyifatkan kelonggaran tersebut bukanlah satu keperluan dan akui tidak mengambil endah mengenainya.

“Setakat bagi dine-in, rentas, masuk mall… lagi apa lagi? Itu je ‘NIKMAT’ yang boleh bagi? Alahai, tak hadap pun. Semua tu bukan keperluan Tapi kalau bagi SYURGA… haa memang sistur mengelupur merentan kat rumah nangis tepi flush jamban. Itu barulah nikmat. Wahai YB/Menteri dah-dah lah tu, tak semua rakyat boleh diperbodohkan,” tulis Rita

Lebih Utamakan Kesihatan 

Sebelum itu, Rita turut akui tidak kisah sekiranya tidak dapat pulang ke kampung ataupun bercuti kerana lebih utamakan faktor kesihatan. Dalam pada itu, dia turut berasa hairan akan sikap sesetengah individu yang mempunyai rasa dengki dengannya.

“Bagi aku, tak penting balik kampung ke, holiday ke, rentas negeri ke, rentas negara ke, dine-in ke, die hard ke, aku tak BATAK.

“Yang penting bagi aku sekarang kesihatan, itu keperluan asas aku sekarang. Korang yang dapat rentas dan dine-in pun masih nak dengki busuk dengan aku? Korang memang lawak. Thorbaek, hebat level langit ke-7 sistur bagi,” katanya sebelum ini.

Terdahulu Rita mendedahkan namanya telah digugurkan daripada dua produksi penggambaran drama. Akur dengan keputusan tersebut, Rita menerimanya dengan hati yang terbuka dan masih dengan pendiriannya untuk tidak menerima vaksin.

"Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran.."-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?
rita rudaini
https://lomp.at/psg6y
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara