Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Foto Niezam Zaidi Berpakaian Seragam Tular Di Media Sosial, TUDM Akui Imej Tercalar

TUDM akui kesal dengan tindakan menggunakan foto Niezam Zaidi dipaparkan dalam artikel berkaitan kesalahan jenayah yang dilakukan.

by Naddy Joe
October 14, 2021
Share on Facebook

Selepas berita penangkapan pelakon Niezam Zaidi akibat penyalahgunaan dadah tular, nama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjadi sebutan selepas foto Niezam Zaidi berpakaian seragam TUDM digunakan untuk artikel berita penahanannya.

Foto Niezam Zaidi Timbul Kekeliruan & Mencalarkan Imej TUDM

Mnerusia kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM di laman Facebook rasmi mereka, menjelaskan bahawa Niezam Zaidi tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Mlaaysia (PSSTUDM) dan foto tersebut adalah ketika penggambaran drama Gempur Wira.

“Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM. Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta merncalarkan imej TUDM.

Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia. Gambar beliau berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa beliau memegang watak sebagai Juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk “Gempur Wira” yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2018.”-TUDM

via TUDM MALAYSIA

Kesal Foto Pelakon Berpakaian Juruterbang Dipaparkan Dalam Artikel Mengenai Kesalahan Jenayah Yang Dilakukan

Pihak Tentera Udara Diraja akui kesal dengan tindakan menggunakan foto Niezam Zaidi dipaparkan dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah yang dilakukan.

“Oleh itu, TUDM amat kesal dengan tindakan penggunaan gambar artis berkenaan yang berpakaian juruterbang TUDM dipaparkan di dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh beliau yang memberikan kesan imej yang negatif.”-TUDM

Pihak TUDM turut memohon kepada pengguna media sosial dan blogger untuk lebih berhati-hati melibatkan penggunaan gambar agar tidak menimbulkan kekeliruan dan kepada masyarakat serta yang boleh mencalarkan imej TUDM khasnya dan ATM keseluruhannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Source: Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia
Niezam Zaidi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara