Di Korea Selatan, minum alkohol sudah menjadi tradisi bagi mereka yang telah memasuki usia dewasa. Apabila mengambil alkohol, segelintir individu akan menjadi sangat mabuk dan bertindak di luar kawalan seperti yang dilakukan oleh beberapa K-Pop idol ini. Anda ingin tahu siapakah K-Pop idol yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!
Jin BTS
Jin BTS atau nama sebenarnya Kim Seok Jin mempunyai tabiat unik apabila beliau sedang mabuk. Hal ini kerana beliau menyandarkan badannya ke arah orang lain, dan melakukan aegyo atau aksi comel.
Xiumin EXO
Xiumin EXO juga antara bintang yang mempunyai tabiat unik ketika sedang mabuk. Bintang Seondal: The Man Who Sells The Rivers ini akan mengulangi setiap perkataan yang telah diucapkan sebelumnya.
Hyeri Girls Day
Digelar sebagai K-Pop idol yang mempunyai bakat besar sebagai pelakon,penyanyi, dan personaliti televisyen, beliau juga ternyata mempunyai mempunyai tabiat yang kerap dilakukannya ketika sedang mabuk. Kekasih kepada Ryu Jun Yeol dikatakakan bertindak secara berlebihan atau over react ketika sedang mabuk.
Seungyoon WINNER
Tabiat Seungyoon WINNER bolah dikatakan agak berbeza berbanding K-Pop idol ketika sedang mabuk. Hal ini kerana beliau akan meminta maaf ke atas semua yang dilakukan oleh beliau kepada rakan minumnya.
Kwanghee ZE:A
Bintang drama What Happens To My Family?, Kwanghee ZE:A dikatakan berubah menjadi cerewet apabila mabuk. Hal ini kerana beliau akan mengomel mengenai pelbagai benda secara rawak.
Apa pendapat anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.