Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Rasa Terperangkap Di Malaysia! Ini 5 Kenyataan Berani Nur Sajat Kepada Media Antarabangsa

Dia akui rasa dilindungi untuk menjadi dirinya yang sebenar apabila berada di Australia.

by Naddy Joe
October 21, 2021
166
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa  Nur Sajat kini bukan sahaja mendapat perhatian media tempatan, beliau kini turut mendapat perhatian media antarabangsa mengenai isu transgender.

Menerusi laporan New York Times, usahawan sensasi ini tampil memberikan beberapa kenyataan yang berani kepada media antarabangsa tersebut.

Rasa Dilindungi Ketika Berada Di Austalia

Jelas Sajat, dia merasakan seperti dilindungi untuk menjadi dirinya  yang sebenar apabila berada di Australia.

“Ketika saya mendapat perlindungan di Australia, saya rasa dilindungi untuk menjadi diri sebenar , untuk bebas.” dedah Sajat

Terperangkap Di Negara Sendiri

Dedahnya lagi, dia berasa seperti terperangkap di negara sendiri disebabkan undang-undang Malaysia kononnya menghukum dan menganggapnya sebagai seorang lelaki.

“Saya rasa terperangkap di negara sendiri, di mana tempat saya dilahirkan, kerana undang-undang di sana yang menghukum saya dan menganggap saya seorang lelaki.

Saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai umat Islam jadi saya diajar untuk melakukan perkara dengan cara Islam. Saya menjalankan perniagaan halal.”-katanya

Diraba Sewaktu Berada Dalam Tahanan

Sajat turut mendedahkan bahawa sewaktu berada di dalam tahanan, sekurang-kurangnya tiga orang lelaki telah menendang dan menjatuhkannya. Malah, dia turut mendakwa payudaranya diraba oleh mereka.

Pada hari yang sama dirinya digari dan ditahan  di Mahkamah Syariah, Sajat telah ditempatkan semalaman di pusat tahanan lelaki.

Tidak Dilayan Dengan Penuh Belas Kasihan

Menurut media itu lagi, ibu kepada  Sajat yang dikatakan menyaksikan serangan itu telah berhadapan dengan seorang pegawai dan dalam masa yang sama turut bertanyakan bagaimana seorang Muslim yang alim boleh bertindak sedemikian. Walaubagaimanapun, pegawai memberi alasan ia adalah Sajat jadi tidak mengapa untuk dia berbuat demikian.

“Mereka mengaggap wajar menyentuh bahagian peribadi dan payudara saya kerana menganggap saya sebagai lelaki.

Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan dan kemanusiaan.”- kongsinya

Akui Menjadi “Kambing Hitam” Untuk Alih Perhatian Dari Isu Yang Lebih Besar

Tambahnya lagi, dia seperti menjadi kambing hitam untuk mengalihkan perhatian pihak tertentu dari isu yang lebih besar.

“Saya sentiasa menjadi kambing hitam untuk mengalihkan perhatian dari isu yang lebih besar, dan kes saya menjadi lebih sensasi kerana kehadiran media sosial saya.” katanya

Ada Hak Untuk Privasi

Dalam pada itu, Sajat berkata Islam adalah agama yang suci dan dia juga mempunyai hak untuk hidup secara peribadi dan tertutup.

“Islam adalah agama suci. Ia adalah hal peribadi, dan saya mempunyai hak untuk privasi.”- katanya lagi

Terdahulu, Murai.my melapaorkan  Sajat telah berkongsi beberapa keping foto sebuah rumah yang dikatakan sebagai rumah barunya di Australia. Dia turut mendakwa kononnya permohonan dibuat menggunakan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok.

"Bagi La Peluang Saya Raya Dengan Keluarga & Anak-Anak..."-Nur Sajat
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nur sajatsajat
https://lomp.at/6cfqk
Share66Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem