Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Pemuzik Legenda Oddie Agam Selamat Dikebumikan, Keluarga Halang Azankan Jenazah?

by Zaidin Albert
October 29, 2021
Share on Facebook

Seluruh rakyat Malaysia kini berduka setelah pemergian artis legenda dari Indonesia, Oddie Agam pada hari Rabu yang lalu (27/10). Pemuzik legenda Indonesia itu meninggal dunia selepas menderita dengan penyakit yang dihidapinya sejak empat tahun lalu. Jenazah Oddie Agam turut dikebumikan di TPU Menteng Pulo, Jakarta Selatan, pada hari yang sama.

Namun, ada detik mengejutkan berlaku ketika jenazah Oddie Agam masuk ke dalam kubur. Ketika itu, mereka sekeluarga memutuskan untuk tidak menyembahyangkan jenazah Oddie Agam.

Foto: Liputan6

“Anda tidak perlu azankan,”- kata salah seorang keluarga Oddie Agam.

Arahan itu kemudiannya dijawab oleh bekas isteri Oddie Agam, Chintami Atmanegara, yang turut hadir pada majlis pengebumian itu.

“Kenapa tidak diazankan?” tanya Chintami Atmanegara.

“Sebab bukan untuk panggil waktu solat,” kata keluarga Oddie Agam.

Akhirnya, pihak keluarga arwah memutuskan tidak mengazankan jenazah Oddie Agam lantaran bukan untuk panggilan solat.

Oddie Agam yang nama sebenarnya Imran Madjid dilahirkan pada 19 Mac 1953. Beliau memulakan kerjaya sebagai komposer dalam sebuah filem berjudul Istana Beauty pada 1984. Sejak itu, nama Oddie terus dikenali ramai kerana bakatnya dalam bidang muzik. Dia juga telah mengeluarkan banyak lagu sejak dulu hingga kini.

Pemergian Oddie turut dirasai oleh Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid. Menurut penyanyi berusia 56 tahun ini, arwah telah mengharumkan namanya  ke Indonesia dengan lagu-lagu yang hits seperti Antara Anyer dan Jakarta.

“Kami amat berdukacita dengan khabar Ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Sebelum menjadi penyanyi lagi. Dia lah pencipta lagu Indonesia yang pertama yang telah mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan lagu2 seperti Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu,Tua sebelum waktu , Begitulah Cinta dan beberapa lagu lagi, malah sebelum mengenali dia sebagai composer dia juga adalah rakan keluarga kami.” tulisnya di Instagram.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Oddie Agamsheila majid
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara