Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dianggap Biadap Kerana Pijak Wang, Iqbal Zulkefli Bertegas Masih Tahu Tentang Adab

Waima ia duit palsu, mereka turut mendakwa perbuatan itu mampu mendatangkan fitnah kepada orang ramai.

by Khai Azfar
November 3, 2021
Share on Facebook

Belum pun reda mengenai kontroversi perselisihan faham antara dirinya dan bekas majikan, Dato Seri Vida (DSV) serta isu single pertama nya, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

Tindakan Iqbal Disalah Erti 

Ia berikutan tularnya sebuah klip video menunjukkan Iqbal ditegur oleh seorang penyanyi berikutan puluhan keping wang kertas bersepah di atas lantai sebuah studio.  Dalam pada itu, kelihatan Iqbal menguis wang kertas tersebut dengan kakinya sebelum memijak dan membiarkannya.

Lantaran tersebut, rata-rata netizen berasa marah dan kecewa dengan tindakannya itu yang disifatkan seperti biadap kerana seolah-olah tidak mensyukuri rezeki yang ada. Waima ia duit palsu, mereka turut mendakwa perbuatan itu mampu mendatangkan fitnah kepada orang ramai.

Kesian jarang tengok gayboy ada masalah mental. Sekali sekala kita setuju dengan hetero bila kata gayboy ada mental illness, ni kita setuju:pic.twitter.com/wyQXFJu4jZ

— Naim Azhar (@naimazharrrr) November 2, 2021

Iqbal Jelas Perkara Sebenar 

Tampil memberi penjelasan, sebentar tadi Iqbal memuatnaik sebuah video menceritakan perihal sebenar. Menurut Iqbal, wang tersebut adalah wang palsu dan ia milik selebriti lain yang baru selesai membuat kandungan mereka.  Jelasnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat  untuk berkelakuan sedemikian namun redha apabila dikecam oleh orang ramai.

“Assalamualaikum semua, disini saya nak menjawab satu video yang telah viral berkenaan ada saya sepak duit. Telah berlaku banyak salah faham diluar kuasa saya untuk mengawalnya.

“Jadi situasinya begini, ketika itu di Rusa Music production dalam studio saya bersama dengan 5-6 orang artis lain datang ke studio untuk buat content dan ketika video itu dirakam duit itu memang dah berterabur memang digunakan oleh artis-artis yang lain. Jadi bukan saya yang taburkan duit dan itu pun bukan duit saya malah duit itu sebenarnya bukan duit yang betul.

“Duit palsu sebagai prop mereka untuk buat content. Saya hanya bercakap bersama kawan-kawan artis disana bersembang macam biasa santai dan tidak sangka yang video itu dirakam dan di post. Tapi saya tak salahkan video itu di post cuma kelakuan saya itu menampakkan seolah saya ini tidak bersyukur dan terlalu tidak baik. Saya tak tahu nak buat macam mana sebab video itu dah tersebar sedangkan saya kalau nampak duit 10 sen depan mata pun saya takkan langkah duit itu saya takkan pijak.

“Malah, kalau saya jumpa duit bawah katil saya akan letak di atas. Orang pun kata walaupun itu duit palsu tak elok buat macam itu sebab ada nama, tulisan jawi, ada gambar semua. Duit itu sebenarnya dah dibuang tulisan dan gambar yang sensitif telah di blur kan dan diubah gambar pun sebenarnya.

“Saya tak marah apabila orang mengeluarkan kenyataan, text saya berkata macam-macam sebab apa yang netizen terima itu begitu dan memang layak dikecam. Begitu lah cerita nya” jelas Iqbal

Mohon Maaf

Meskipun begitu, Iqbal tetap memohon maaf atas perbuatan tersebut sehingga menyingung perasaan orang lain. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen telah diberikan oleh netizen.  Ada yang masih mengecam dan tidak kurang juga mengharapkan Iqbal agar terus kuat menghadapi pelbagai dugaan.

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Sekadar info, Iqbal baru sahaja melancarkan single terbaharunya pada petang Isnin. Sehingga kini video muzik Hujan mendapat hampir 1 juta tontonan dan disukai oleh 33 ribu penonton di laman YouTube.

Komen Penampilan DSV, Cik B 'Rengsek' Dengan Iqbal Zulkefli- "Attention Seeker!"
Ahmad Iqbal Zulkefli
https://lomp.at/2umxo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Razzi Bersuara Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’, Norreen Iman Beri Respon!-“Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Post..”

by Naddy Joe
May 5, 2026

Suami kepada personaliti media sosial dan pelakon, Noreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memberi penjelasan selepas video yang dimuatnaik sebelum...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Hariz Hamdan & Tracie Sinidol Beri ‘Hint’ Sedang Bercinta?-“We’re Making It Official..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa bersama pelakon, Tracie Sinidol, baru-baru ini. Hariz menerusi video yang...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara