Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Keringnya Hati Mereka!”-Iesya Toh Berang Keluarga Tertuduh Tidak Minta Maaf Pada Keluarga Zulfarhan

Tambahnya lagi, nyawa tidak boleh diganti walaupun keenam-enam tertuduh tersebut disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat.

by Naddy Joe
November 3, 2021
Share on Facebook

Kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pengacara, Iesya Toh. 

“Langsung Tak Minta Maaf?”-Iesya Toh

Menerusi laman Instagram, Ieysa  meluahkan rasa berang terhadap keluarga keenam-enam tertuduh yang didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman.

“Langsung tak minta maaf? ??  Keringnya hati mereka!!!”- tulis Iesya

Tambahnya lagi, nyawa tidak boleh diganti walaupun keenam-enam tertuduh tersebut disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat.

“Memang niat taknak bunuh, Tapi kalau dah mati bukan boleh ganti nyawa tu!!!

Sampai bila ramai menjadi mangsa buli sekolah macam ni?? Sampai bila nak diam?”- Luah Iesya lagi

Azza Elite Setuju Dengan Pandangan Iesya 

Posting yang dimuatnaik oleh pengacara itu turut dipersetujui oleh pelakon dan penyanyi, Azza Elite yang turut memberikan pendapat yang sama mengenai hal tersebut.

“Sebab mereka hati kering hati laa mereka buat macam tu @iesyatoh2, takpun mereka malu nak jumpa.”-Komen Azza

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah telah memutuskan bahawa enam tertuduh yang terlibat didapati bersalah membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

Keenam-enam tertuduh tersebut didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham Zulfarhan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
iesya tohzulfarhan osman
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara