Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nynaa Harizal ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Bapa Acu Pistol Kepada Pengawal Peribadi

Harizal juga telah memberi amaran akan melepaskan tembakan sekiranya dia dihalang untuk mengambil anaknya.

by Khai Azfar
November 3, 2021
Share on Facebook

Pada 1 November lalu pelakon baru, Nynaa Harizal dikatakan telah diculik oleh bapa kandungnya, Mejar Harizal Hashim yang merupakan seorang pesara tentera.

Acu Pistol Pada Pengawal Peribadi, Beri Amaran Lepaskan Tembakan 

Memetik laporan awal dari Geng Borak, insiden yang berlaku di set penggambaran sebuah drama di Shah Alam, Selangor pada 1 November lalu telah mengejutkan krew produksi berikutan bapa Nyna bertindak mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi pelakon itu. Malah, Harizal juga telah memberi amaran akan melepaskan tembakan sekiranya dia dihalang untuk mengambil anaknya.

Difahamkan, insiden itu disebabkan perkahwinan Nynaa dengan Ketua Pengarah Kewangan sebuah syarikat pelaburan, Fahmi Ilyas, 29, pada 28 Ogos lalu tidak direstui oleh keluarga finalis Dewi Remaja 2019/2020 itu. Turut dikatakan, faktor kewangan antara punca mengapa perkahwinan mereka tidak direstui.

Ibu Tarik Nynaa Ke Dalam Kereta 

Dalam insiden tersebut bapa Nynaa berada di set pengambaran itu bersama isteri dan seorang lagi anak perempuannya. Ketika itu, ibunya telah menarik pelakon itu masuk ke dalam kereta sebelum membawanya pergi.

Susulan itu, Fahmi telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan mengharapkankan mereka dapat menyelamatkan isterinya yang dilarikan secara paksa. Jelasnya, perbuatan tersebut disifatkan sebagai jenayah kerana memeras ugut mereka untuk mendapatkan wang.

Lagi berita lanjut menyusul selepas sidang media tergempar pada petang ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Nynaa Harizal
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara