Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Jadi Manusia Yang Kenal Halal & Haram!”-PU Syed Ulas Isu Zizi Kirana Diminta Tanggalkan Tudung

PU Syed memberitahu bahawa rezeki berada di mana-mana sahaja dan berharap agar Zizi Kirana terus istiqamah dalam berhijrah.

by Naddy Joe
November 5, 2021
Share on Facebook

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil mmberikan teguran terhadap pihak produksi yang sanggup meminta penyanyi dan pelakon, Zizi Kirana untuk menanggalkan tudung dan memakai rambut palsu untuk menjayakan watak ketua mafia dalam sebuah drama.

“Matlamat Tidak Menghalalkan Cara”-PU Syed

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, pendakwah ini memberitahu bahawa jangan disebabkan ada adegan yang tidak bertudung, pihak yang terlibat meminta pelakon tersebut tanggalkan tudung.

“Matlamat tidak menghalalkan cara!! Jangan asbab ada adegan tidak bertudung kalian nak dia tanggalkan tudung..

Sedangkan tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Allah.”-Jelas PU Syed

Tambahnya lagi, beliau turut menjelaskan bahawa hukum memakai rambut palsu adalah haram lebih-lebih lagi dalam lakonan.

“Hukum pakai rambut palsu pula adalah Haram apatah lagi untuk digayakan dalam lakonan yang akan ditonton oleh khalayak ramai.”-PU Syed

Harap Zizi Kirana Kekal Istiqamah Dalam Berhijrah

PU Syed memberitahu bahawa rezeki berada di mana-mana sahaja dan berharap agar Zizi Kirana terus istiqamah dalam berhijrah.

“Rezeki ada di mana, ambe harap Puan Zizi Kirana terus istiqomah dalam berhijrah, kerana ianya lebih mulia dari mencari rezeki dari jalan yang diharamkan oleh Allah dan Rasul apatah lagi dengan status puan sebagai seorang isteri.”-PU Syed

Beri Pesanan pada Pengarah Drama dan Filem Beragama Muslim

Pendakwah bebas ini memberikan pesanan pada pengarah drama dan filem yang beragama Muslim untuk menjadi manusia yang mengenali halal dan haram.

“Buat pengarah drama dan filem terutama yang Muslim..Jadilah manusia yang kenal halal dan haram. Jangan kejar dunia yang bakal hancur ini kelak sewaktu kalian mati.

Segala dosa yang kalian lakukan dalam arahan drama dan filem akan menjadi dosa jariah yang pasti akan menyakitkan!”-PU Syed

View this post on Instagram

A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

Sebelum ini, nama Zizi Kirana terpalit dengan isu melanggar kontrak sebuah produksi yang menetapkan watak buatnya menerusi drama berjudul Jamu Nesan merupakan seorang wanita tidak bertudung dan memintanya untuk mengenakan rambut palsu.

Walaubagaimanapun, Mufti Kuala Lumpur telah memberitahu ianya haram untuk memakai rambut palsu walaupun atas urusan kerja. Maka beliau terpaksa akur dengan situasi untuk melepaskan kerja itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
PU Syedzizi kirana
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara