Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Telus Dalam Berniaga Itu Adab”-Normala Samsudin Tegur Isu Harga Ikan Siakap ‘Kayangan’

Beliau turut berharap akan ada pihak yang terlibat untuk menyiasat dan memperbetulkan isu yang sedang tular tersebut

by Naddy Joe
November 8, 2021
Share on Facebook

Isu yang tular di media sosial mengenai pemilik restoran yang menjual hidangan seekor ikan siakap berharga RM1,196 mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah selebriti dan bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin yang turut tampil memberikan pandangannya.

“Telus Dalam Berniaga Itu Satu Adab”-Normala Samsudin

Menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di Instagram, Normala memberitahu bahawa ketelusan dalam berniaga itu adalah sebuah adab .

“Telus dalam berniaga itu adab. Bagitau sekilo berapa harga. Dah masak berapa harga. Kalau mereka tak setuju harga mahal sangat terpulang pada pelanggan.”- pesan Normala

Tambahnya lagi, sebagai pelanggan adakalanya mereka terlupa untuk bertanyakan harga seekor ikan berikutan terlalu lapar dan mungkin takut dianggap sebagai pelanggan yang kedekut.

“Kita sebagai pelanggan kadang-kadang bila tengah lapar lupa nak tanya harga seekor ikan, sebab biar cepat masak, sebab malu nak tanya nanti orang kata kedekut pun ya.

“Tapi sebab tak bertanya itulah kita terjerat. Saya pernah terkena macam ini, nak jaga air muka sendiri dan juga tuan kedai.

Rasa serik juga, tapi bertabah dan fikir baik je la..”- kata Normala

Punca Pelanggan ‘Terjerat’

Mahu Pihak Siasat &  Perbetulkan Isu Yang Tular 

Dalam pada itu, beliau turut berharap akan ada pihak yang terlibat untuk menyiasat dan memperbetulkan isu yang sedang tular tersebut secara menyeluruh di semua tempat pelancongan.

“La ni harga  barang memang naik melambung..Kita harap ada pihak yang menyiasat dan perbetulkan.

Bukan sahaja di Langkawi, tapi di semua tempat perlancongan.”- katanya lagi

via Facebook محمد فارس ذوالقرنين

Untuk rekodm, beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial apabila seorang warganet yang mendakwa dia terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram sewaktu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
normala samsudin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara