Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Isu Ikan Siakap Harga ‘Kayangan’ : Pemilik Restoran Diberi Masa 5 Hari Jelas Kos Operasi

Notis itu tidak bermakna pemilik restoran terbabit sudah melakukan kesalahan

by Khai Azfar
November 9, 2021
Share on Facebook

Susulan isu hidangan ikan siakap di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi yang tular berikutan harga nya melebihi RM1,000 pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah meminta pemilik restoran terapung itu membuat penjelasan kos operasinya.

Diberi Masa 5 Hari Untuk Membuat Penjelasan 

Imej yang disunting oleh netizen

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata pemilik restoran itu diberi masa lima hari sebelum 11 November untuk membuat penjelasan tersebut.

“KPDNHEP telah mengeluarkan notis kepada pemilik restoran berkenaan ketika tinjauan pegawai KPDNHEP pada 5 November. Penjelasan perlu diberikan oleh pemilik restoran sebelum 11 November ini.

“Segala maklumat yang diberikan akan dianalisis menggunakan mekanisme pencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Antara keterangan yang diperlukan adalah maklumat berkaitan kos operasi termasuk kos barangan, kos utiliti serta kos upah berdasarkan kepada peratusan mark up atau peratusan margin bagi tempoh tiga tahun sebelumnya,” katanya seperti dilaporkan portal berita itu

Tidak Bermakna Pemilik Restoran Melakukan Kesalahan 

Difahamkan kes itu diklasifikasi sebagai dalam siasatan dan Mohd Shahran turut menjelaskan notis itu tidak bermakna pemilik restoran terbabit sudah melakukan kesalahan. Pada minggu lalu, tular di media sosial mengenai sekumpulan pelancong yang terkejut selepas dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan mereka. Namun menurut pemilik restoran, ikan itu biasanya tidak dijual dan dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung. Selain itu, dia turut menegaskan bahawa harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ikan siakap viralRestoran Terapung Sas Rimba
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara