Berita baik buat peminat telefon pintar dari jenama HUAWEI. Terbaru, mereka baru sahaja melancarkan HUAWEI nova 9 secara rasmi di Malaysia dan tersedia untuk pra-
order mulai hari ini.
Sebenarnya telefon bimbit untuk siri ini dipasarkan sebagai midranger tetapi dilengkapi dengan ciri seperti premium, antaranya paparan melengkung, dan kamera utama 50MP 1/1.56 inci yang besar.
Dalam pada itu, perincian lain, HUAWEI nova 9 dikuasakan oleh processor Snapdragon 778G beserta 8GB RAM dan 256GB ruang storan. Dalam erti kata lain, model ini tidak mempunyai masalah untuk mengakses pelbagai aplikasi terbaru.
Sudah semestinya ramai yang akan memberi perhatian kepada kualiti kameranya. HUAWEI nova mempunyai kamera utama dilengkapi dengan sensor sebesar 50MP manakala kamera swafoto pula hadir dengan sensor 32-megapixel. Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan tiga lagi kamera belakang dengan lensa yang terdiri daripada 8-megapixel ultrawide, 2-megapixel depth dan 2-megapixel macro.
Akhir sekali, HUAWEI nova 9 didatangkan dalam dua warna menarik iaitu warna hitam dan biru yang penuh bergaya.. Apa tunggu lagi dari sekarang hingga 19 November, pengguna boleh membeli HUAWEI nova 9 pada harga RM1,999 dengan hadiah percuma yang menarik bernilai sehingga RM829*! Termasuklah FreeBuds Pro yang berharga RM699. Menarik bukan, dapatkannya HUAWEI Store Online, Senheng, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.