Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Banyak Ganjaran! Ini 3 Kelebihan Aplikasi Royal Canin Club Untuk Kucing Kesayangan Anda

by Phic ARMAN
December 10, 2021
1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tak tahu, kini para pemilik haiwan peliharaan boleh menerima pelbagai ganjaran menarik menerusi aplikasi Royal Canin Club. Selain itu, aplikasi yang tersedia untuk Android dan iOS ini dapat membantu anda mengetahui lebih mendalam tentang amalan terbaik penjagaan haiwan kesayangan anda.

Untuk mengenali aplikasi ini dengan lebih mendalam, berikut kami kongsikan 5 kelebihan yang anda boleh dapatkan dari aplikasi Royal Canin Club.

Dapat Mendidik Pemilik Haiwan Peliharaan

Aplikasi ini direka untuk mendidik dan membimbing pemilik haiwan peliharaan di Malaysia mengenai amalan terbaik penjagaan haiwan peliharaan melalui kandungan yang informatif dan menarik dalam topik seperti diet dan pemakanan, kesihatan pencernaan, penjagaan dari neonatal hingga penuaan, penjagaan kulit dan bulu, latihan dan tingkah laku, dan kesihatan umum mereka.

Aplikasi Royal Canin Club dicipta untuk dijadikan panduan mudah alih kepada semua pemilik haiwan peliharaan yang mudah diakses di mana sahaja mereka berada dan menciptakan dunia yang lebih baik untuk haiwan peliharaan.

Mengetahui Lebih Mendalam Tentang Aspek Kesihatan Haiwan Peliharaan

Memandangkan terdapat banyak jenis baka kucing di dunia ini seperti  Parsi, Siam, dan Bulu Pendek British (British Shorthair) maka setiap haiwan peliharaan mempunyai kandungan genetik tersendiri yang menentukan risiko mereka menghidap masalah kesihatan tertentu. Jadi ini lah kepentingan aplikasi Royal Canin Club untuk kita belajar memahami aspek kesihatan mereka yang memerlukan perhatian khusus.

Dapat Memanfaatkan Mata Ganjaran

Selain itu, Royal Canin Club diperibadikan kepada pemilik haiwan peliharaan ketika mereka mengisi profil haiwan kesayangan mereka dan menjawab beberapa soalan mudah mengenai baka, jenis bulu, usia, dan masalah kesihatan yang sedia ada. Aplikasi ini akan menyediakan kandungan yang berpadanan dengan haiwan kesayangan mereka.

Selain itu, pemilik haiwan peliharaan dapat mengumpul mata ganjaran setiap kali mereka berjaya menyiapkan tugas di atas aplikasi. Ini termasuk mengisi profil haiwan kesayangan mereka, menyertai tinjauan dan menjawab kuiz.

Lebih menarik, pemilik haiwan peliharaan yang menggunakan mata ganjaran mereka untuk menebus hadiah dan produk Royal Canin, ia akan dihantar ke depan pintu rumah mereka.

Setelah mendaftar untuk aplikasi Royal Canin Club, pemilik haiwan akan diberi baucar permulaan dan set hadiah yang boleh ditebus dari rakan niaga Royal Canin di seluruh negara.
Cara mudah nak kumpul mata ganjaran atau poin

Aplikasi Royal Canin Club mempunyai ciri baharu yang membolehkan ahli mengumpul poin apabila membeli produk Royal Canin. Ikuti sahaja langkah di bawah:

Langkah 1: Tanggalkan pelekat Royal Canin Club pada pembungkusan produk dan imbas kod QR.
Langkah 2: Imbas kod bar di bahagian bawah beg produk untuk mendapatkan 20 mata.
Langkah 3: Imbas atau taip kod kedai/klinik untuk mendapatkan 10 mata tambahan!
(tertakluk kepada terma dan syarat*)

YouTube video

Tunggu apa lagi, Aplikasi Royal Canin Club boleh didapati dari App Store (iOS) atau Google Play Store (Android). Daftar sekarang untuk tebus baucar permulaan dan set hadiah dengan berkunjung laman www.royalcanin.com/my/royal-canin-club.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/iced5
Share406Tweet254SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem