Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Lagu Baru Iman Troye ‘Nang’ Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan

by Amirul Fikry
November 13, 2021
100
KONGSIAN
Share on Facebook

Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye, 19 tahun sangat menghargai dan berbangga apabila muzik video untuk lagu terbarunya ‘Nang’ telah berjaya meraih lebih dari 1 juta tontonan selepas 6 hari ianya dilancarkan. Pada Iman, itu adalah satu perkara yang sangat memberi makna yang tersendiri pada dirinya.

2 singlenya sebelum ini juga iaitu ‘Teman’ dan ‘Pejam Celik Hari Raya’ telah tular dan berjaya mencecah sebanyak 1 juta tontonan dalam tempoh waktu yang singkat.

via WA

“Untuk mencipta rekod sebegini, mendapat 1 juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu bagi 3 muzik video nyanyian saya, sesuatu pencapaian peribadi yang cukup luar biasa.”

“Tambah pula, 3 lagu saya masing-masing ciptaan Ezra Kong dan lirik A Ramli dilancarkan di era pandemik Covid-19 yang kita sedia maklum ketentuan pasaran muzik itu sendiri tidak mampu ditebak hala tujunya.”

“Saya harus berterima kasih kepada semua yang menjadikan semua ini kenyataan, terutamanya peminat serta rakan media yang tidak putus-putus memberi sokongan,” kata Iman Troye.

Nang merupakan terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Muzik Malaysia dan telah dilancarkan pada 15 Oktober lalu di semua platform muzik digital yang terpilih. Muzik video lagu tersebut telah dimuatnaik ke saluran Youtube pada 22 Oktober lalu. Lagu ‘Nang’ juga pernah berada dalam kedudukan Top 5 platform muzik berkenaan dan menjadi Top 10 di Spotify.

Majlis pelancaran lagu ‘Nang’ telah dilancarkan di sebuah hotel di ibu kota bersama-sama dengan kempen PTTI 2 Juta Bangkit Belajar.

via WA

“Saya harap kehadiran lagu pop melayu berentak jawa dan ada sentuhan tradisional ini lebih manis kerana pihak PTTI juga sudi melancarkannya. Malah tugas sebagai duta pusat ilmiah itu datang dengan tanggungjawab. Saya sendiri bergelar pelajar peringkat diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UITM). Saya harap dapat terus mengimbangi seni dan pelajaran sebaik mungkin.”

“Saya harap selepas ini peminat akan lebih menyokong karya tempatan dan boleh membuatkan muzik video lagu nyanyian yang lain mendapat tontonan 1 juta tetapi dalam masa kurang sehari seperti penyanyi antarabangsa yang lain. Jika itu mampu terjadi, saya akan takjub dan speechless,” katanya yang merakamkan lagu itu pada Januari yang lalu.

via WA

Pembikinan muzik video ‘Nang’ yang telah membabitkan kos perbelanjaan lebih RM100 ribu  dan sekaligus telah menjadikan ianya muzik video termahal yang diterbitkan di bawah syarikat XO house Sdn Bhd. Penggambaran muzik video tersebut juga telah berjalan selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 Oktober. Muzik video arahan Lily Samsuddin ini turut menampilkan sisi bakat tari Iman yang dikoreografikan oleh Aus daripada Nasty Rock Crews. Manakalan Adib Hamdi dan Alia Elena yang bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Jom kita saksikan muzik video lagu ‘Nang’ buat tatapan dan hiburan semua peminat penyanyi genit Iman Troye.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
imantroye
https://lomp.at/twd59
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem