Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Gara-Gara Muatnaik Foto Berniqab, Linda Rafar Dikecam Astaziah ‘Jadian’

Dia turut memberitahu bahawa untuk melakukan perubahan biarlah ia datang dari hati.

by Naddy Joe
November 15, 2021
Share on Facebook

Sering memuatnaik foto memakai niqab, penyanyi dan usahawan, Linda Rafar telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat mengenai penampilannya.

Akan Kongsi Pada Peminat

Terbaru, Linda  menerusi Instagram nya memberitahu, dia akan membuat siaran langsung platform tersebut bagi berkongsi kepada pengikut dan peminat yang sering bertanyakan perihal penampilannya itu.

“Insya-Allah soon Linda akan buat live and share to all my followers yang keep asking..”- tulis Linda

Ramai “Ustazah & Ustaz Jadian” Serang & DM Di Instagram

Dalam pada itu, Linda turut meluahkan rasa terkejut apabila ramai astaziah ‘jadian’ yang telah mengecamnya termasuk dengan menghantar kiriman secara peribadi (DM) di Instagram.

“Allahuakbar!!! Ramai sungguh ustazah/ustaz jadian yang datang serang dan DM IG Linda…

Listen Linda belum declare apa-apa lagi…”- tegas Linda

Tambah isteri kepada pelakon Syed Aiman ini, dia memohon jasa baik orang ramai untuk menjaga hati dan perasaannya. Malah, dia turut memberitahu bahawa untuk melakukan perubahan ia akan datang dari hati.

“Mohon jasa baik jaga hati dan perasaan linda..Untuk berubah biar daripada hati. Bersihkan hati dulu serta cukupkan ilmu untuk mengajar.”- katanya lagi

Linda atau nama penuhnya Azlinda Binti Rafar meminta orang ramai untuk tidak menghukum seseorang yang mahu berubah menjadi baik dan tidak mencari kesalahan mereka sahaja.

“Jangan hukum seseorang yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik dan jangan cari kesalahan sahaja!!

Tiada yang sempurna tetapi saya cuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT.”- ujar Linda

Terdahulu, Linda meluahkan rasa tidak sangka apabila dia kini semakin diminati berbanding zaman penglibatannya bersama Kumpulan Elite. Dia turut memberitahu suatu ketika dahulu dia beranggapan sudah mengecapi populariti lebih ramai yang meminatinya namun ternyata telah silap dengan telahan tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Linda Rafar
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    “Okeylah English Dia!” Peminat Puji Hakim Danish Petah Ditemu Bual Media Antarabangsa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara