Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Terhibur Teruk! Netizen Dedah 2 Jam Layan Filem Tamil Ini Tak Bosan

Warganet luah tak rugi tonton filem 'Doctor', berbaloi sampai pecah perut dibuatnya

by Puteri Alia
November 15, 2021
Foto - Twitter/Times Of India

Foto - Twitter/Times Of India

323
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini bila mana ramai pengguna Twitter kecoh mengenai filem Tamil berjudul ‘Doctor’, jalan cerita yang lucu dan menghiburkan serta lakonan pelakon yang hebat membuatkan warganet berkongsi pandangan mereka terhadap filem ini.

2 Jam Layan Filem Tamil Tak Bosan

Berdasarkan carian Murai my, ada pengguna Twitter yang telah menonton filem Tamil ini mengatakan filem tersebut tidak bosan walaupun menonton selama dua jam.

“Jarang lah dapat tengok filem Tamil yang kelakar macam ni. Mula-mula skeptikal juga sebab pelakonnya seorang pun aku tak kenal. Tapi dalam 5 minit pertama pun dah rasa kelakar, maka aku pun tengok sampai habis. Serius, 2 jam yang tak bosan untuk layan filem ni.” Komen warganet

Foto – Twitter

Netizen Rekomen Tonton Filem ‘Doctor’

Ramai juga yang luah filem ‘Doctor’ ini mempunyai jalan cerita yang kelakar dan berbaloi untuk ditonton kerana pasti tak akan berhenti gelak bila dah mula tengok filem ini.

“Dah layan dah filem ni, dengan lagi satu Mandela. Dua-dua ni jenis kelakar berdekah. Rekomen!”

“Budak-budak Twitter cakap cerita ni kelakar. Tapi ya cerita ni bodoh dan kelakar. Dah lama tak gelak gila masa tengok Netflix.” Komen warganet lagi

Foto – Twitter

Jalan Cerita Menarik Dan Kelakar

Berdasarkan komen-komen warga Twitter, ramai mengatakan filem ‘Doctor’ memang best, tak bosan, tak banyak babak menari seperti dalam filem hindustan dan paling penting jalan cerita menarik dan kelakar.

“Memang best.”

“Yeah baru layan. Memang bagus, tak bosan sebab bukan cerita cinta. Babak menari pun sikit je.”

“Ya cerita ni sangat menarik untuk ditonton dan kelakar” Komen warganet lagi

Foto – Twitter

Filem Lakonan Sivakarthikeyan Tak Mengecewakan

Ada pengguna media sosial yang mengenali pelakon utama filem ini iaitu aktor Sivakarthikeyan, dengan mengatakan filem lakonan pelakon tersebut memang sentiasa bagus. Ramai yang komen filem Tamil ini patut ditonton, terutama penggemar filem genre lawak.

“Best filem ni, patut tonton haha.”

“Hahaha ya do. Bagi aku paling kelakar yang gaduh dalam keretapi, pakcik tu mengesot bawah kerusi kahkahkah.”

“Sivakarthikeyan punya filem banyak best-best weh!” Komen warga Twitter

Foto – Twitter
YouTube video

Tengok sekilas dalam trailer filem ni pun dah rasa lucu, belum lagi tonton sampai habis!

[REVIEW] Mencari Ramlee: Karya Lagenda, Kembali Nostalgia
What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

doctorfilemsivakarthikeyantamiltelugu
https://lomp.at/ocb0l
Share129Tweet81SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem