Isu pengharaman judi bukan isu yang baru di Malaysia namun demi memancing undi bagi pilihan raya, isu ini semakin rancak menjadi bualan rakyat Malaysia.
Orang Bukan Islam Juga Benci Judi
Hal ini menarik ramai perhatian para pendakwah, termasuklah Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri, yang mana PU Syed berkongsi mesej dari seorang individu Cina yang mengatakan dirinya juga tidak menyukai judi dan menyokong tindakan mengharamkan aktiviti tersebut.
“Bagus.. Mana yang baik kita sokong.. Saya pun sokong haramkan judi.. Saya dah pernah rasa macam mana orang judi pukul isteri dan anak-anak sebab judi..
Hanya keluarga pecah belah saja dapat rasai kegelapan disebabkan judi… Pada pukul 3 pagi, suami balik rumah dan pukul isteri mereka untuk minta duit untuk berjudi..
Anak-anak alami tekanan mental.. Kesian..” Luah Chew Xuan Yi
PU Syed yang berkongsi mesej dari individu tersebut juga mengatakan bahawa orang bukan Muslim juga faham keburukan dan kesan berjudi, tapi malangnya ada segelintir orang Islam sendiri buat tahu akan kesannya dan menjadikan ia sebagai strategi politik.
“Non Muslim pun faham…
Ada orang Islam buat-buat tak faham…
Alih-alih sebut sebagai strategi Pilihan Raya.” Kongsi PU Syed
Netizen Setuju Aktiviti Perjudian Diharamkan
Perkongsian pendakwah ini mendapat perhatian orang ramai, dan rata-rata ramai bersetuju aktiviti perjudian perlu diharamkan kerana ia bawa mudarat kepada keluarga dan juga masyarakat.
“PU Syed. Haramkan judi online. Yang ni paling musnahkan hidup.”
“Kalau berjudi mesti jadi kaki judi.. Duit tak pernah ada. Kerja macam-macam tapi duit tak cukup, berhutang keliling pinggang hanya kerana berjudi. Kesian anak bini.”
“Dulu ada rakan sekerja, gadai kereta, gadai motor sebab judi hutang ceti haram. Hutang dengan kawan keliling pinggang, yang sedihnya dia seagama dengan kita. Betapa judi ini boleh hancurkan hidup.”” Komen warganet
“Non Muslim pun faham tentang keburukan judi.”
“Alhamdulillah suara Islam. Sejahtera semua.”
“Benda mudah pun tak faham ke..”
“Kita sokong ustaz.”
“Judi haram/judi online pun kena banteras habis-habisan.. Jangan dilupakan.”
“Fakta yang tepat.” Komen mereka
Banyak keburukan dan kesannya jika seseorang itu terjebak dengan perjudian, dan paling menyedihkan adalah ahli keluargalah nanti yang menjadi mangsa.
Ada sebab kenapa orang ramai mahu judi diharamkan, bukan saja-saja. Apa pandangan anda tentang isu ini?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.