Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Seakan Tempias Bintang Paling Popular, Usahawan Ini Terkejut Nama Syarikat ‘Dipetik’ Rina Harun

Rina mengiktiraf RichWorks yang bertindak sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar negara

by Khai Azfar
November 18, 2021
Share on Facebook

Siapa yang tak teruja, apabila nama sendiri ‘dilambung tinggi’ di Dewan Rakyat oleh menteri terkenal. Itu yang dilalui  oleh syarikat RichWorks International Sdn. Bhd apabila disebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lalu.

Peluang Keemasan

Seperti mendapat tempias glamor memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ibaratnya, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, menyifatkan bukan senang untuk mendapat publisiti percuma seperti itu walaupun hanya seketika.

“Sesuatu yang kami tak pernah jangkakan apabila menteri yang bersidang di Dewan Rakyat memetik dan memuji RichWorks.

“Kami sangat merendah diri dan teruja dipilih sebagai rakan kolaborasi kerana kemampuan dan kredibiliti  yang dizahirkan selama ini melahirkan ribuan golongan usahawan dan jutawan dari ‘zero’  hingga berjaya. Pujian itu bukanlah ruang untuk mendabik dada.

“Tapi ia jadi suntikan semangat untuk terus melakukan apa yang sentiasa diperjuangkan sejak 2008. Ia sekali gus mendokong aspirasi Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana,” katanya.

Rina Puji

Terdahulu,  Rina mengiktiraf RichWorks yang bertindak sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar negara sebagai penganjur bagi program Wanita Bangkit Berniaga di bawah inisiatif Wanita Bangkit kementerian.

Rina menegaskan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita di bawah kementerian bersama RichWorks dalam usaha membantu golongan wanita tempatan itu tidak melibatkan sebarang kos kepada pihaknya.

“RichWorks menawarkan latihan dan bimbingan (Wanita Bangkit Berniaga) secara percuma kepada wanita yang berminat pada 26 hingga 28 November ini.

“Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama berikutan kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga hari ini,” katanya.

Rina berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan ahli Parlimen Segambut-DAP mengenai jumlah perbelanjaan untuk program dianjurkan ketika menggulung Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi kementeriannya.

Untuk info, jumlah pendaftaran telah mencapai 25,962 orang dengan lebih 90 peratus terdiri daripada golongan wanita Peserta juga berpeluang mendapatkan 47,000 naskah buku terbaru bertajuk, 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation secara percuma.

Buku yang menyusur kisah inspirasi, perjalanan 100 usahawan jutawan dibukukan sempena hari jadi ke-47, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 14 November lalu. Pendaftaran juga masih dibuka buat mereka yang berminat khususnya wanita.

Rina Harun
https://lomp.at/fa4gv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara