Huawei baru sahaja melancarkan jam pintar HUAWEI Watch GT 3 dan GT Runner di Malaysia pada 20 November yang lalu berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya. Dalam masa yang sama HUAWEI juga melancarkan satu lagi produk dengan rupa seperti gincu, iaitu Huawei FreeBuds Lipstick.
Ketika acara berlangsung, maklumat terperinci termasuklah harga di pasaran mengenai jam pintar Watch GT 3, GT Runner dan FreeBuds Lipstick diumumkan kepada para media.
Huawei Watch GT 3
Ini adalah jam pintar premium dengan rekaan bulat dan butang berputar digital. Di hadapan, Watch GT 3 kelihatan berbeza dengan Watch 3 Pro yang dilancarkan bulan Jun lepas, dengan dua saiz iaitu 46mm (skrin 1.43-inci) dan 42mm (skrin 1.32-inci).
Sistem operasi Harmony OS 2 menjadi keunikan jam ini, menyediakan penjejakan kecergasan dan kesihatan canggih sepanjang masa. HUAWEI menyatakan hayat bateri panjang di jam pintar ini, sehingga 2 minggu.
HUAWEI FreeBuds Lipstick
Bakal menarik perhatian para wanita, HUAWEI FreeBuds Lipstick menggabungkan teknologi dan fesyen, yang cukup luar biasa. Ia mempamerkan gaya mewah wanita, di dalam bekas gincu berwarna hitam dan emas. Fon telinga TWS FreeBuds Lipstick ini berwarna merah di dalamnya, melengkapkan rupa gincu di dalam bekas.
HUAWEI FreeBuds Lipstick secara rasmi berharga RM999 di Malaysia, menjadikannya fon telinga termahal mereka pada masa ini. Sebagai perbandingan, Huawei FreeBuds Pro berharga RM699.
Melihat kepada spesifikasi, HUAWEI FreeBuds Lipstick mempunyai pemacu bunyi 14.3mm pada setiap sisi. Ia juga menyokong kawalan sentuh dan leret untuk playback dan panggilan muzik anda.
Ia memiliki teknologi Adaptive Ear Matching (AEM), memberikan sistem bunyi yang mengasyikkan dan berkualiti tinggi.
Fon telinga ini juga boleh dipadankan bersama HUAWEI Watch GT 3 untuk penggunaan tanpa peranti, bagi mengawal lagu terus dari muka jam pintar.
Dengan bekas gincu itu, anda boleh mendapatkan sehingga 14 jam playback dengan ANC atau sehingga 22 jam dengan ANC dimatikan. HUAWEI FreeBuds Lipstick mengecas melalui USB-C tetapi ia tidak menyokong pengecasan tanpa wayar. Ia menyokong sambungan Bluetooth 5.2 dan boleh menyambung ke dua peranti serentak.
Maklumat Prapesanan dan Hadiah Percuma
Kesemua 3 item kini dibuka untuk pra-pesanan sehingga 3 Disember tetapi GT Runner lebih lama sehingga 12 Disember di laman web rasmi HUAWEI, Lazada dan Shopee.
- HUAWEI Watch GT 3 46mm (Percuma HUAWEI FreeLace)
Tali Hitam – RM999
Tali Kulit – RM1099 - HUAWEI Watch 42mm (Rebat Segera RM100)
Tali Hitam – RM999
Tali Kulit – RM1099 - HUAWEI Watch GT Runner (Percuma HUAWEI FreeBuds 3i dan Skala 3) – RM1,399
- HUAWEI FreeBuds Lipstick – RM999
Selain daripada ini, sempena menyambut Hari Krismas, terdapat tawaran jualan bundle WATCH GT 3 (42mm) dan Gincu FreeBuds berharga RM1,698 sahaja.
Jika anda berminat, anda boleh membuat pra-pesanan dan boleh didapati di kedai dalam talian Huawei, Lazada dan Shopee.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.